Penafian

Laman blog ini ditulis oleh penulis untuk keseronokan peribadi serta perkongsian maklumat di kalangan individu-individu dengan minat yang sama. Laman blog ini hanya berkongsi maklumat yang mengandungi info positif, sihat serta bersih dari unsur pornografi. Walaubagaimanapun perkongsian foto serta video yang mengandungi imej seksi yang tidak melampau adalah dijangkakan dan ia adalah bergantung kepada tahap penerimaan pembaca.

 

Laman blog ini tidak mewakili mana-mana daripada selebriti yang disebut dalam blog ini sama sekali; ia adalah semata-mata untuk tujuan perkongsian maklumat.

 

HAK CIPTA MAKLUMAT PADA TULISAN

 

Maklumat serta data yang disediakan adalah dengan beberapa kajian tulen dari pelbagai sumber oleh penulis, serta beberapa hak cipta terpelihara. Mana-mana pembaca bebas untuk mengumpulkan maklumat untuk kegunaan peribadi; sekiranya terdapat mana mana individu yang berminat untuk menerbitkan kembali sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan link yang betul untuk rujukan ke blog ini, serta sebagai tanda penghargaan atas usaha pengarang.

 

HAK CIPTA MAKLUMAT PADA GAMBAR

 

Semua foto (dengan lapisan atau label watermark "mybuzz.com") adalah milik penulis. Sekiranya terdapat mana mana individu yang berminat untuk menerbitkan semula foto foto dari sini, ssila nyatakan link yang betul untuk rujukan ke blog ini, serta sebagai tanda penghargaan atas usaha pengarang. Sebahagian daripada foto-foto yang dikumpul dari rakan-rakan dan sumber awam atau daripada laman yang lain daripada internet, majalah, akhbar dan media lain. Tetapi sekiranya anda tidak menyukai perkongsian foto anda berada dalam talian di laman blog saya, sila maklumkan dengan segera kepada penulis melalui emel. Penulis akan memuat turun foto berkaitan dengan seberapa segera. Kebenaran bertulis akan diperoleh serta penghargaan penuh akan diberikan sekiranya perlu. Sebarang tuntutan  tidak dibuat oleh penulis pada mana-mana gambar kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

 

Pembaca boleh muat turun gambar untuk kegunaan peribadi tetapi penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerosakan terutamanya apabila gambar-gambar berkenaan digunakan untuk penerbitan semula dalam apa jua cara. Semua imej adalah hak cipta pemilik dan perlu dihormati . Beberapa gambar yang diambil dari hak cipta  pemilik dan berkemungkinan pelanggaran oleh penulis berlaku. Penulis akan sedaya upaya mengelak perkara ini dari berlaku, SEKIRANYA didapati oleh mana mana individu bahawa berlaku perlanggaran dalam mana-mana hak cipta,  sila hubungi penulis dengan memberikan butir-butir hak cipta seperti yang didakwa. Penulis akan melupuskan mana mana data  berkaitan dari laman blog ini. Penulis terlebih dahulu memohon maaf atas kesulitan sekiranya perkara ini berlaku, dan ianya adalah tidak dijangka serta dimaksudkan.

 

HAD LIABILITI

 

Penulis akan mencuba yang terbaik untuk menyediakan maklumat yang benar dan telus. Walaubagaimanapun penulis tidak dapat memberikan jaminan bahawa maklumat yang diberikan adalah 100% benar dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian,penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerosakan, kerugian atau masalah kepada pembaca laman blog ini atas apa jua sebab serta perkongsian maklumat.

Terma dan syarat adalah tertakluk kepada perubahan pada bila bila masa dengan atau tanpa sebarang notis

SELAMAT MEMBACA!

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.