4 Tahun Dibayangi Pertuduhan AMLA, Bekas Pemilik Agensi Takaful Dibebas Dari Pertuduhan Di Mahkamah
top of page
  • Writer's pictureMYB

4 Tahun Dibayangi Pertuduhan AMLA, Bekas Pemilik Agensi Takaful Dibebas Dari Pertuduhan Di Mahkamah

Zuriati binti Yusoff dibebas dan dilepaskan daripada berhadapan satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan 25 pertuduhan di bawah AMLA pada 10.3.2023 yang di berikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur yang mana keseluruhannya telah dibicarakan bersama selepas pertuduhan dibacakan kepada beliau pada 9.10.2020


Zuriati binti Yusoff bersama peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakilinya ketika berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan 25 pertuduhan di bawah AMLA.

Datuk Wan Azmir Wan Majid selaku peguam yang mewakili Zuriati memberitahu kepada pihak media, anakguamnya telah didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram yang berada didalam akaun bank milik syarikat Millionaire Synergy Sdn Bhd, rententan daripada satu laporan polis dibuat yang mana dikatakan beliau telah memperdaya seorang VVIP bagi mendapatkan satu cek bernilai RM1,849,719.75 dengan memalsukan resit pembelian enam (6) polisi insurans yang mana adalah tidak wujud.


Perbicaraan yang telah berlangsung selama sembilan (9) hari secara keseluruhannya merangkumi keterangan-keterangan yang diberikan oleh dua puluh empat (24) orang saksi pendakwaan sebelum Hakim Mahkamah Sesyen mengarahkan Zuriati untuk membela diri dan enam orang (6) saksi telah dikemukakan oleh beliau di peringkat pembelaan termasuk seorang saksi pakar.


Menurut Datuk Wan Azmir Wan Majid, saksi utama kes pendakwaan telah memberi keterangan bahawa cek bernilai RM1,849,719.75 di berikan kepada Zuriati bagi urusan pembelian polisi insurans walaupun pada hakikatnya wujud bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang tersebut dimasukkan untuk tujuan pelaburan emas sebagai galang ganti untuk kerugian pelaburan unit amanah yang dimasuki seorang VIP atas arahan yang diberikan oleh ayam tambatan VIP tersebut yang juga merupakan salah seorang daripada saksi utama pihak pendakwaan.


Sidang media yang diadakan semalam di Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi menjelaskan keputusan mahkamah terhadap pertuduhan yang dihadapi Zuriati binti Yusoff.

Atas bayangan pertuduhan AMLA yang mengekori kehidupan harian Zuriati, dalam tempoh empat tahun ini juga, selain sumber pendapatan beliau menjadi terbatas, Zuriati juga terpaksa melepaskan hasil keringat yang dibina sepanjang 20 tahun berkecimpung di dalam bidang insurans dengan menyerahkan agensi beliau iaitu KL Billionaire Partner kepada pengganti beliau demi untuk menjaga nama baik syarikat takaful yang beliau wakili.


Walaubagaimanapun, Zuriati percaya pertempuran dalam menafikan dakwaan yang dibuat ke atasnya adalah tidak mudah dan sumber sokongan daripada keluarga, sahabat handai dan agen-agen beliau dalam bidang takaful merupakan salah satu kuasa yang sentiasa menjadi pemangkin untuk beliau bergerak kehadapan. Sikap positif yang diterap dan dipancarkan terutama melalui penulisan Zuriati di media sosial juga adalah satu wasilah untuk beliau redha dengan ketentuan Allah dan merupakan satu kekuatan untuk terus bangkit menongkah arus kehidupan dengan berlapang dada.

Setelah hampir dua minggu selepas penghakiman dikeluarkan, Zuriati bersyukur dengan perintah pelepasan dan pembebasan ke atas kesemua pertuduhan yang dibuat ke atas beliau dan akhirnya beliau dapat keluar daripada bayangan Pertuduhan AMLA.


Pejuangan beliau secara keseluruhan membuktikan setiap agen Unit Amanah dan Takaful di Malaysia mempunyai hak untuk berjuang atas segala tuduhan pelanggan mereka di makamah.


Sumber: Kenyataan oleh peguam yang mewakili Zuriati binti Yusoff iaitu Datuk Wan Azmir Wan Majid dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak)

0 comments
bottom of page