Dari Runway ke Realiti: Miss M World & Universe 2025 Bawa Inspirasi Baharu
- MYB
- 6 Okt
- 2 min membaca
Updated: 8 Okt
Kuala Lumpur — Dunia ratu cantik sekali lagi menjadi tumpuan apabila Miss M World dan Miss M Universe 2025 berlangsung penuh gemilang di W Hotel Kuala Lumpur pada 21 September lalu. Bertemakan Beauty, Earth & Peace, pertandingan berprestij ini menghimpunkan 40 peserta dari 25 negara, bukan sahaja meraikan kecantikan luaran, tetapi juga menekankan nilai kelestarian dan perdamaian sejagat.

Antara yang mencuri perhatian ialah kejayaan berganda Katerina Vlasenko dari Ukraine dan Angie Jane dari Malaysia yang dinobatkan sebagai Miss M World 2025, manakala Kristina Barskaia dari Russia diumumkan sebagai Miss M Universe 2025. Selain itu, Yuni Putri dari Indonesia turut mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Miss Global M Universe 2025 serta Duta Keamanan Dunia di bawah naungan UNPKFC.
Pemenang lain termasuk Mrs Tatiana Fedorishcheva (Russia) sebagai Mrs M Universe 2025, Mrs Sharon Gool Sek Hui (Malaysia) sebagai Mrs Global M Universe 2025, Julie Rolle (USA) sebagai International M World 2025, serta Mrs Gulchokhra Faro (Azerbaijan) yang merangkul gelaran Mrs International M World 2025. Kesemua pemenang ini bakal mewakili negara masing-masing dalam program seni, kebajikan dan diplomasi global bersama World Peace Committee dan UNPKFC.
Menariknya, pertandingan tahun ini turut mendapat sokongan penuh daripada LnR EMPIRE sebagai penaja rasmi. Jenama kecantikan ini memperkenalkan produk unggulan mereka, LnR Luxury Hair Mist, haruman rambut mewah yang diiktiraf halal, mesra wudhu dan sesuai untuk semua jenis rambut. Produk ini digarap bukan sekadar sebagai simbol gaya, tetapi juga lambang spiritualiti dan keanggunan dalaman. LnR EMPIRE sebelum ini telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk International Entrepreneurial Excellence Award 2025 dan Global Honor Award 2025.

Sebagai kesinambungan acara, satu majlis eksklusif bertajuk An Afternoon with M World and LnR EMPIRE diadakan di Royale Chulan Damansara pada hari ini, 6 Oktober 2025. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato' Freddie Fernandez, Pengurus Besar Royale Chulan Damansara & Curve, Mr Aaron Tan, serta tokoh politik Malaysia, Tan Sri Kayveas. Kehadiran mereka menyerlahkan lagi gabungan diplomasi wanita, kecantikan berjiwa, dan aspirasi global.

Dalam perkembangan istimewa, Dato' Dr Reiss Tiara selaku Pengasas dan Penganjur Miss M Universe/M World mengumumkan pelantikan rasmi Dato' Dr Azlin, Pengasas LnR EMPIRE, sebagai Duta Kecantikan & Martabat untuk program Islamic Beauty Empowerment Pageant 2026. Pelantikan ini menjadi simbol usaha memperkasa wanita melalui keanggunan spiritual dan nilai martabat sejati.
Dato' Dr Azlin Dato' Dr Reiss Tiara
'...Seseorang ratu cantik mestilah mempunyai kecantikan dalaman dan paling penting mereka mempunyai kebijaksanaan dalam mengangkat martabat golongan wanita...' Ujar Dato' Dr Reiss Tiara
Pertandingan Miss M World dan Miss M Universe 2025 bukan sekadar acara kecantikan semata-mata, tetapi platform antarabangsa yang memperkukuh suara wanita, menyatukan budaya, dan mengangkat mesej keamanan untuk dunia.













Komen