top of page

Festival Aroma Kita dan Medin Fragrance: Menyemarakkan Dunia Wangian Tempatan

  • Writer: MYB
    MYB
  • 8 Ogo 2025
  • 2 min membaca

Dalam dunia gaya hidup yang semakin menghargai produk tempatan, Festival Aroma Kita muncul sebagai platform utama untuk meraikan keunikan industri wangian Malaysia. Edisi sulung festival ini dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Ogos 2025 di Debob Event Space, Perda, Pulau Pinang, dari jam 10 pagi hingga 6 petang. 



Festival ini diterajui oleh pelakon dan usahawan Amar Asyraf Zailuddin, yang juga pengasas House of Amar. Beliau mengambil inisiatif untuk mewujudkan festival ini sebagai platform inklusif bagi menonjolkan bakat dan produk tempatan yang berkualiti tinggi, unik, dan lebih mampu milik berbanding jenama luar negara. 



Festival Aroma Kita akan menampilkan 14 jenama wangian Malaysia yang semakin menyerlah, termasuk HOA, FAKE, SORAE, SCENTIC, SEPHORIA SCENT, MEG FRAGRANCE, BEAUBOSS, NABIA PARFUM, SUGARBOMB, SZINDORE, KEEF&NISH, dan MEDIN FRAGRANCE. 


Salah satu jenama yang turut serta dalam festival ini ialah Medin Fragrance, yang dikenali sebagai "Jenama Lokal Haruman Terpaling Malaysia".  Medin Fragrance menawarkan pelbagai pilihan wangian yang sesuai untuk pelbagai citarasa, termasuk koleksi "Kuala Lumpur Series" yang menampilkan haruman seperti Saloma Bistro, Jalan P. Ramlee, dan Stesen Kuala Lumpur. Selain itu juga terdapat koleksi Srikandi Series dan Zoo Malaya Series. Kini lebih 24 jenis wangian telah dihasilkan.


Fitri Phahimi, Pengasas Medin Fragrance
Fitri Phahimi, Pengasas Medin Fragrance

'.. keunikan jenama Medin Fragrance adalah berkonsepkan seni dan budaya serta dapat menonjolkan semangat patriotik dikalangan pengguna minyak wangi...' Ujar Fitri.


Dengan strategi pemasaran digital yang pintar melalui platform seperti TikTok dan Shopee, Medin Fragrance berjaya menarik perhatian pengguna tempatan dan antarabangsa.  Jenama ini juga aktif dalam menyertai acara-acara tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas.


Festival Aroma Kita bukan sekadar bazar atau pameran; ia dirancang sebagai sebuah pengalaman penuh deria. Para pengunjung akan disambut dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk cabutan bertuah harian, hadiah percuma untuk 100 pengunjung terawal, sesi permainan mingguan seperti bingo, dan pertemuan eksklusif bersama pengasas jenama-jenama terlibat. 


Festival ini menjadi peluang keemasan untuk pengguna bukan sahaja mencuba haruman secara langsung, tetapi juga memahami cerita di sebalik setiap botol dari siapa yang menciptanya, dari mana ilhamnya datang, dan bagaimana ia membawa keunikan tersendiri dalam setiap semburan.


Festival Aroma Kita dan penyertaan jenama seperti Medin Fragrance menunjukkan bahawa industri wangian tempatan semakin berkembang dan mendapat tempat di hati pengguna. Dengan sokongan daripada komuniti dan inisiatif seperti ini, haruman buatan Malaysia berpotensi untuk bersaing di peringkat antarabangsa.


Bagi mereka yang ingin merasai sendiri keunikan wangian tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Festival Aroma Kita pada hujung Ogos ini di Pulau Pinang.

Komen


bottom of page