top of page

Gisomo Buka Kafe Gaya Hidup Baharu di Cyberjaya

  • Writer: MYB
    MYB
  • 7 jam lalu
  • 2 min membaca

Cyberjaya  — Dunia kulinari Cyberjaya semakin meriah dengan pelancaran Gisomo, sebuah kafe gaya hidup baharu yang menampilkan gabungan kopi berkualiti, menu kreatif dan sentuhan warisan keluarga. Ditubuhkan oleh Syailah Kamaruzaman, 29, anak kepada penulis lagu terkenal Malaysia Lan Laga (Kamaruzaman Husain), Gisomo membawa perspektif segar terhadap budaya kafe masa kini.


Foto (tengah), Cik Syailah Kamaruzaman
Foto (tengah), Cik Syailah Kamaruzaman

Terletak di Tamarind Square, Gisomo diwujudkan sebagai ruang komuniti berkonsep moden, khusus untuk mereka yang menghargai suasana santai, inspiratif dan penuh karakter.


Bagi Syailah, Gisomo bukan sekadar perniagaan tetapi sebuah penghargaan istimewa kepada arwah neneknya yang merupakan pakar pastri dalam keluarga. Resipi dan teknik turun-temurun arwah menjadi elemen penting yang membentuk identiti menu di Gisomo.


Arwah nenek adalah guru pertama saya dalam dunia masakan. Gisomo ialah cara saya meneruskan legasinya, kata Syailah penuh emosi.


Perjalanan Syailah dalam membina jenama sendiri bermula pada Ogos 2024 dengan sebuah cart kopi kecil bernama The Bru. Beroperasi di acara komuniti sekitar Cyberjaya, sambutan hangat mendorong beliau mengembangkan operasi ke ruang tetap yang lebih luas dan selesa di Tamarind Square.


Peralihan ini menandakan pencapaian penting buat Syailah dalam membuktikan komitmen untuk mengangkat jenama tempatan ke tahap lebih profesional.


Gisomo menawarkan seleksi hidangan yang menggabungkan keaslian rasa Melayu dan kreativiti Barat, sekali gus memberi pengalaman unik kepada pelanggan.


Specialty Melayu:

• Tart Lompat Tikam (inspirasi Terengganu)• Keropok Lekor Special• Nasi Alam


Pilihan Barat & Moden:

• Pasta khas Gisomo• Healthy Smoothies• Granola Bowls


Menu ini disusun bagi menarik perhatian pelanggan pelbagai latar belakang, daripada pecinta kopi sehinggalah penggemar makanan fusion.



Menurut Syailah, tujuan utama Gisomo adalah menjadi pusat inspirasi untuk komuniti setempat.


“Saya mahu Gisomo menjadi tempat orang datang untuk bekerja, berbual, berkarya atau sekadar menikmati kopi dengan tenang,” jelasnya.



Beliau juga berhasrat memperluaskan rangkaian Gisomo ke lokasi lain pada masa akan datang, selari dengan permintaan terhadap kafe berkonsep gaya hidup. Gisomo dibuka mulai 8.00 pagi hingga 10.00 malam.







bottom of page