top of page

HUAWEI Watch Fit 4 Dilancarkan: Prestasi Sukan Luaran Bertaraf Profesional Dalam Rekaan Bergaya Dengan Fungsi ECG

  • Writer: MYB
    MYB
  • 22 Mei
  • 3 min membaca

Rekaan nipis dan ringan, fungsi kesihatan pintar, serta sokongan aktiviti sukan ekstrem, jam tangan pintar ini bersedia untuk mengiringi gaya hidup aktif pengguna moden.




Huawei Malaysia hari ini memperkenalkan HUAWEI WATCH FIT 4 Series, generasi baharu jam tangan pintar yang menawarkan gabungan teknologi canggih dan rekaan elegan. Selepas pelancaran globalnya di Berlin, WATCH FIT 4 kini rasmi di pasaran tempatan dengan pelbagai ciri inovatif termasuk pemantauan kesihatan yang lebih pintar, prestasi sukan luar yang unggul, serta fungsi gaya hidup pintar — semuanya dalam satu peranti bergaya.


Barisan terbaharu ini menampilkan dua model menarik: HUAWEI WATCH FIT 4 dan WATCH FIT 4 Pro. Kedua-duanya direka khas untuk pengguna aktif yang tidak mahu berkompromi dari segi gaya dan fungsi.




Ringan Di Pergelangan, Besar Dalam Prestasi


WATCH FIT 4 mengekalkan reputasi siri ini sebagai jam tangan pintar ultra-nipis dan ringan. Model asas hanya seberat 27 gram dengan ketebalan 9.5mm, manakala versi Pro hadir dengan berat 30.4 gram dan kerangka hanya 9.3mm. Ia turut dilengkapi kaca nilam, bezel aloi titanium dan badan aluminium gred penerbangan — gabungan tahan lasak dan bergaya.


Paparan skrin ultra-terang dengan kecerahan mencecah 3000 nits memastikan keterlihatan yang optimum walaupun di bawah sinar matahari tropika Malaysia. Sama ada anda keluar berjoging atau bersantai di kafe, jam ini kekal menyerlah dalam sebarang suasana.



Dari Gunung ke Laut: Bersedia Untuk Segala Cabaran


WATCH FIT 4 bukan sekadar jam yang cantik — ia dikuasakan dengan fungsi sukan luar bertaraf profesional. Dengan sokongan lebih 100 mod senaman termasuk mendaki gunung dan ski, jam ini turut dilengkapi barometer terbina dalam untuk bacaan altitud yang tepat.

Teknologi Sunflower Positioning System dwifrekuensi lima bintang milik Huawei meningkatkan ketepatan penjejakan GNSS sebanyak 30%, memastikan data lokasi yang konsisten walaupun dalam persekitaran mencabar. Fungsi seperti peta luar talian, import laluan dan navigasi turut tersedia.


Peminat sukan air pasti teruja — buat pertama kali, Huawei memperkenalkan fungsi penjejakan laluan air khusus untuk tujuh aktiviti seperti berlayar dan paddleboard. Bacaan kadar degupan jantung, jarak dan prestasi kini boleh dipantau secara masa nyata.


Versi Pro pula hadir dengan peta kontur, navigasi berpenanda, dan mod larian jejak profesional. Malah, peminat golf akan menikmati akses kepada lebih 15,000 padang golf seluruh dunia dengan ukuran GPS dan skor digital. Tidak ketinggalan, mod menyelam bebas turut tersedia — lengkap dengan data kedalaman dan kelajuan serta amaran keselamatan automatik.




Jurulatih Kesihatan Peribadi Di Pergelangan Anda


WATCH FIT 4 kini lebih daripada sekadar pencatat langkah. Ia menawarkan pemantauan Heart Rate Variability (HRV) sepanjang masa dan bantuan emosi peribadi melalui Emotional Wellbeing Assistant — sesuai untuk pengguna yang ingin menjaga kesejahteraan mental harian mereka.


WATCH FIT 4 Pro pula memperkenalkan sistem Huawei TruSense yang dipertingkatkan serta fungsi ECG terbina dalam. Pemantauan kesihatan jantung kini boleh dilakukan di hujung jari, dengan ketepatan dan maklumat waktu nyata.


Jam ini juga menggabungkan pelbagai data kesihatan seperti kadar degupan jantung, tahap oksigen (SpO₂), tekanan, corak tidur, pernafasan dan emosi ke dalam satu laporan lengkap dengan analisis peribadi dan cadangan tindakan. Sekiranya terdapat bacaan luar biasa, jam akan memberi amaran awal kepada pengguna.




Fungsi Pintar Yang Memudahkan Hidup


WATCH FIT 4 juga dilengkapi ciri pintar yang benar-benar berguna. Anda kini boleh membalas mesej WhatsApp terus dari jam menggunakan papan kekunci penuh. Lebih menarik, Huawei menjadi jenama pertama di Malaysia yang menyokong pembayaran TNG QR melalui jam tangan pintar.


Ciri lain termasuk sokongan kad akses NFC, rakaman suara, panggilan Bluetooth, dan kemas kini cuaca. Dengan ketahanan bateri sehingga 10 hari dan pengecasan pantas dalam masa 60 minit untuk model Pro, ia sedia menemani anda sepanjang hari — dari pagi hingga malam.


Pada Jun 2025, aplikasi Waktu Solat Malaysia akan tersedia untuk WATCH FIT 4 dan WATCH 5 — menjadikan Huawei sebagai jenama pertama yang menyokong aplikasi ini dalam jam tangan pintar. Ciri ini bakal memudahkan pengguna menerima peringatan waktu solat, membaca doa setiap waktu, serta melihat arah kiblat — terus dari pergelangan tangan.

WATCH FIT 4 juga kini menyokong aplikasi radio SYOK — pengguna boleh memainkan, menjeda atau melaras kelantangan terus dari jam. Tak perlu lagi cari telefon — semua kawalan di hujung jari!


Harga & Tawaran Istimewa


WATCH FIT 4 Pro hadir dalam tiga pilihan warna — Hitam, Biru dan Hijau, dengan tali fluoroelastomer beralun atau tali nilon anyaman yang sporty. Manakala WATCH FIT 4 biasa tampil dengan empat warna: Hitam, Kelabu, Ungu dan Putih, serta tali nilon atau fluoroelastomer.


Kini boleh dipra-tempah di Malaysia bermula RM599, pembeli awal akan menerima HUAWEI Scale 3 secara percuma dan keahlian Health+ selama tiga bulan. Tawaran tersedia melalui semua Huawei Experience Store, laman rasmi Huawei, serta kedai rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok.


Untuk maklumat lanjut, promosi terkini dan pelancaran lain daripada Huawei, layari:

📱 Facebook & Instagram: @HuaweiMobileMY

Comments


bottom of page