top of page

UTOPIA: Universiti Malaya & Opera D’Arte Hidupkan Pameran Seni Ikonik Di Galeri Seni UM

  • Writer: MYB
    MYB
  • 24 Ogo 2025
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) bersama jenama seni halus Opera d’Arte by Nurina Norman telah melancarkan sebuah pameran seni eksklusif bertajuk UTOPIA di Galeri Seni UM. Pameran ini dirasmikan pada 23 Ogos lalu oleh Ketua Pegawai Digital Universiti Malaya, YBrs. Profesor Madya Dr. Azah Anir Norman, mewakili pihak pengurusan tertinggi universiti.


Nurina Norman (Foto 3 dari kiri),  Profesor Madya Dr. Azah Anir Norman (foto tengah) dan barisan tetamu jemputan semasa sesi pelancaran Opera d'arte by Nurina Norman
Nurina Norman (Foto 3 dari kiri),  Profesor Madya Dr. Azah Anir Norman (foto tengah) dan barisan tetamu jemputan semasa sesi pelancaran Opera d'arte by Nurina Norman

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh tokoh korporat ternama, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel serta Pengarah Jakel, Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel, selaku tetamu kehormat. Kehadiran mereka menyerikan lagi majlis yang menyatukan dunia akademik, seni dan industri.


Video gimik pelancaran Opera D'arte by Nurina Norman

Menurut Pengarah Artistik Opera d’Arte, Datin Wira Nurina binti Norman, UTOPIA bukan sekadar pameran seni semata-mata, sebaliknya ia adalah sebuah perjalanan imaginasi dan harapan.

“UTOPIA didefinisikan sebagai satu keadaan atau masyarakat yang ideal. Walaupun mustahil diwujudkan di dunia nyata, ia mampu direalisasikan melalui karya seni visual,” jelas beliau.

Pameran ini mempersembahkan karya seni kontemporari yang menggambarkan idealisme serta aspirasi manusia terhadap dunia yang lebih harmoni. Susunan karya dipilih berdasarkan falsafah serta pendekatan seni pelukis, sekali gus memberi ruang pengunjung menyelami pemikiran kreatif di sebalik setiap karya.


''.....Duah buah karya bertajuk Aprill Moon dan The Grass Of Heaven akan dilelongkan bagi tujuan amal. Lelongan akan dikendalikan oleh YB Syed Saddiq dan Penyanyi, Bella Astillah dalam masa terdekat...'' ujar Datin Wira Nurina Norman.



Kolaborasi antara UM dan Opera d’Arte juga bertujuan memperkukuh hubungan institusi akademik dengan industri seni. Ia membuka peluang kepada dialog kreatif melibatkan pelajar, ahli akademik, seniman, penggiat seni serta masyarakat umum.


Sepanjang penganjuran, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sampingan seperti sesi wacana seni, bengkel kreatif serta lawatan berpandu. Menariknya, kemasukan ke pameran ini adalah percuma untuk semua lapisan masyarakat.


Pameran UTOPIA dibuka dari 18 Ogos hingga 20 September 2025 di Galeri Seni Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sasaran pengunjung termasuk pelajar IPT dan IPTS, artis tempatan dan antarabangsa, pengumpul karya seni, agensi seni serta orang awam.

Komen


bottom of page