12 FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU DIUMUM PADA 15 DISEMBER INI

Hari ketiga Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35), kini akan bersiaran pada hari Selasa, 15 Disember 2020. Setelah pengumuman Alif Satar di akaun Instagram miliknya bahawa dirinya telah dijangkiti wabak COVID-19, SFMM35 telah ditunda dan seluruh warga kerja serta artis turut menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari. Oleh itu, penantian para penonton untuk mengetahui 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) akan tiba tidak lama lagi!



Menurut Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 35 Separuh Akhir, Puan Nurhul Huda Hj Khalid, “Pematuhan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah keutamaan kami demi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. Warga kerja kami yang merupakan kontak rapat kepada Alif Satar telah pun membuat ujian calitan (swab) di pusat-pusat perubatan kerajaan berhampiran. Warga kerja lainnya juga telah mematuhi arahan Jabatan Sumber Tenaga, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga, walaupun tidak bergejala. Oleh itu, sekiranya kami kekal tidak bergejala sehingga tamat tempoh kuarantin kelak, kami dibenarkan untuk kembali bekerja seperti biasa sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. Kini, proses perancangan semula SFMM35 sedang diperhalusi dan pensanitasi berkala juga dilakukan bagi memastikan kelancaran penyiaran hari ketiga SFMM35 pada 15 Disember kelak.”


Lagu-lagu yang akan bertanding pada 15 Disember nanti adalah:


Dalam keterujaan beliau dengan pelangsungan episod ketiga Muzik Muzik 35 Separuh Akhir, beliau turut menegaskan bahawa pematuhan SOP pada malam tersebut akan semakin diperketat. Hanya artis-artis yang membuat persembahan pada malam tersebut sahaja yang akan hadir bagi memastikan bilangan orang yang berada di studio Sri Pentas 2 itu dapat dikurangkan dan memudahkan penjarakan fizikal.


Sebelum ini, dua hari SFMM35 telah berlangsung pada 20 dan 21 November. Dua lagu telah diangkat sebagai lagu terbaik pada kedua-dua episod tersebut iaitu‘Hati’ nyanyian Hael Husaini dan diciptakan oleh Hael Husaini dan Ezra Kong, juga ‘7 Nasihat’ yang dinyanyikan oleh Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta, ciptaan Kmy Kmo & Luca Sicta.


SFMM35 turut mendapat sokongan penaja utama, McDonald’s Malaysia. Meriahkan Muzik Muzik 35 Separuh Akhir sambil menikmati makanan kegemaran anda melalui McDelivery! Confirm puas dan berbaloi. SFMM35 turut mendapat sokongan rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur dan xtra.com.my.


Bersama Haziq Hussny dan Sherry Al Hadad, saksikan 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 dalam Muzik Muzik 35 Separuh Akhir pada hari Selasa 15 Disember 2020, pukul 9 malam di TV3. SFMM35 juga dapat ditonton secara strim langsung di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut SFMM35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur. Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #SFMM35 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya. MYBUZZ!


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.