Surihati Tuan Doktor

November 27, 2016

Lufya Omar telahpun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya dan kini sah menjadi surihati kepada Che Muhammad Hafiz Che Baharom, seorang doktor, dengan sekali lafaz kira kira pada jam 830 malam semalam.

 

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Sheikh Omar Sheikh Abdullah dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim. 

 

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat pada Julai lalu. Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 31, menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 daripada Che Muhammad Hafiz, manakala wang hantaran pula dirahsiakan.  

Dalam majlis tersebut, pengantin perempuan turut menerima tujuh dulang hantaran, berbalas dengan sembilan dulang kepada pihak lelaki. Sementara itu, busana pengantin berwarna krim keemasan yang menyaluti indah tubuh mempelai ini adalah hasil rekaan Amir Kadir dan Zeen Bridal. 

Majlis pernikahan dan resepsi kedua mempelai ini berlansung di Laman Cinta Nirwana, dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.
 

Moment indah hari bahagia Lufya Omar bersama Dr. Hafiz turut dikongsikan oleh Lufya di akaun Instagram miliknya, @lufyaluvya . Kami di MyBuzz mendoakan agar perkahwinan kedua mempelai ini berkekalan hingga ke Jannah.

 

 

 

 

 

Instagram

 

Kredit : Mstar

Foto: Instagram

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.