Syura Badron Tamatkan Saingan DAA2

November 27, 2016

 

Tanggal 25 November 2016 lalu menyaksikan penyingkiran seorang lagi peserta dari Kem Malaysia, Syura Badron. Syura sebelum itu bersaing dengan 2 peserta lain masing-masing Yadiy Yussof (Brunei Darussalam) dan Weni (Indonesia).

 

Pada malam D'Academy Asia 2 Top 18 Group D Show, Syura menyanyikan lagu yang berjudul 'Janji' . Menurut komentator dari Indonesia,  Beniqno,

 

"Syura memiliki suara yang power yang memang khas dari Malaysia iaitu tinggi, melengking dan bagus. Tetapi penyampaian Syura untuk lagu ini agak keras dari awal sehingga tidak menyerlahkan dinamik lagu tersebut".

 

Seorang lagi komentator,  Iis Dahlia, memaklumkan bahawa lagu yang disampaikan tidak sesuai untuk sesebuah pertandingan, dan Syura harus ada kreativiti tinggi untuk mengubah lagu ini agar tidak menjadi flat.

 

 

Pada malam D'Academy Asia 2 Top 18 Group D  Result Show, Syura mempersembahkan lagu berjudul " Mata Hati" nyanyian asal Iis Dahlia. Selesai persembahan, Syura menerima pujian dari Ifa Raziah atas persembahan beliau. Namun tiada sebarang kritikan untuk teknik nyanyian yang  diberikan oleh Ifa Raziah.

 

Sementara itu, Iis Dahlia yang merupakan penyanyi asal lagu ini, memberi pujian atas improvisasi serta susunan semula lagu berkenaan. Beliau juga berpesan agar Syura lebih berkeyakinan ketika menyampaikan sesebuah persembahan. Syura juga turut mengakui adanya kesukaran untuk menyampaikan lagu bergenre dangdut klasik.

 

Pada malam Result Show itu, Weni menerima sebanyak 1100 mata diikuti, Yadiy Yusuf sebanyak 1050 dan Syura sebanyak 1042 mata sekali gus tersingkir dari DAA2. 

 

 D'Academy Asia 2 Top 18 Group D Show : Syura Badron - Janji

 Kredit : Vidio.com

@syurabadron

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.