Transformasi Aamir Khan dalam "Dangal"

Filem Hindustan terbaru lakonan Aamir Khan "Dangal" dijadual bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 23 December 2016 oleh Disney Picture bersempena Krismas 2016

Sinopsis:

Dangal (Gusti) adalah sebuah filem biografi berkisar tentang kehidupan luar biasa Mahavir Singh, bekas ahli gusti yang terpaksa melepaskan impiannya untuk memenangi emas untuk India dalam gusti antarabangsa kerana kekurangan sokongan kewangan. Beliau memutuskan untuk melatih anaknya supaya satu hari beliau mewakili India dalam sukan tersebut.


Tetapi takdir mempunyai rancangan yang lain. Lebih dua dekad, kepercayaan Mahavir dalam impiannya mula terhapus kerana dia dikurniakan dengan empat orang anak, yang mana semuanya adalah perempuan. Tetapi apabila kejadian dimana anak perempuannya sulung Geeta, yang berumur 14 dan anak perempuan keduanya Babita, berusia 12 , mempertahankan diri dari gangguan oleh sekumpulan remaja lelaki dari kawasan kejiranannya , telah membuat Mahavir beranggapan bahawa anak anaknya telah dilahirkan bersama bakat yang sama dengan beliau.


Harapan Mahavir kembali hidup dan beliau bertungkus-lumus mengejar matlamatnya untuk mengubah anak-anak perempuannya menjadi ahli gusti bertaraf dunia. Dengan memaksa mereka untuk berlatih dengan kanak-kanak lelaki kampung, Mahavir memberi inspirasi kepada mereka untuk berjuang untuk memenangi emas tanpa mengira sebarang kemungkinan.



Untuk menjayakan pembikinan filem nukilan Nitesh Tawari ini, Aamir Khan harus melalui beberapa peringkat perubahan tubuh badan bagi merealisasikan watak kehidupan Mahavir Singh Phogat. Pelan awal Nitesh Tawari adalah untuk meminta Aamir Khan melakonkan watak usia muda Mahavir dengan sosok badan yang sasa tetapi disangkal oleh Aamir Khan. Menurut Aamir lagi , beliau lebih rela untuk menambah berat badan supaya badannya menjadi gempal sebelum berusaha untuk menurunkan berat dan mendapatkan bentuk tubuh badan yang sasa semula bagi menjayakan watak berkenaan. Ramai yang beranggapan idea berkenaan sebagai kerja gila tetapi tidak bagi Aamir Khan. Beliau membuktikan bahawa ideanya adalah tepat.

Video transformasi Aamir Khan : Dangal | Fat To Fit




Aamir Khan telah menambah berat badannya sebanyak 28kg menjadikan berat beliau semasa pembikinan filem ini sebanyak 98kg dengan kiraan 38 peratus lemak badan. Semasa berat badannya meningkat, Aamir turut mengakui mengalami kesukaran untuk bergerak malah sukar untuk mengikat tali kasutnya sendiri.


"Untuk menjayakan filem ini (Dangal), saya harus melalui beberapa sesi bina badan bagi mendapatkan sosok tertentu yang diperlukan dalam filem ini dan ini merupakan satu transformasi paling dramatik pernah saya lakukan. Filem ini mempunyai dua fasa. Untuk satu bahagian, saya terpaksa menambah berat badan. Jadi, saya ditimbang 96 kg dengan 38 peratus lemak badan dan pada fasa kedua, saya terpaksa mengurangkan kepada 9 peratus lemak badan dalam tempoh lima bulan. Itu adalah satu tugas yang besar. "


Aamir Khan dalam pada itu turut menegaskan bahawa tindakan menaikkan dan menurun berat badan secara tergesa adalah amat merbahaya. Apa yang dilakukan beliau adalah dibawah seliaan pakar dan tidak harus dipraktikkan tanpa seliaan pakar.


Kredit : The Indian Express

Video: FB UTV Motion Pictures / Youtube


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.