Kenali Dwan Hamid "Penawan Si Tedung"

December 6, 2016

 

Bila bercakap fasal mengayat wanita serahkan pada Si Romeo, pasti "pick-up lines"nya mampu buat wanita cair! Tapi bab mengayat makhluk tuhan yang satu ni, belum tentu Si Romeo juaranya, tanpa ilmu penuh didada silap haribulan si Romeo terkulai layu. Tapi makhluk tuhan apa yang yang dimaksudkan itu?

 

King Cobra!!! Oooouuihh! Jangankan ular King Cobra deknon! Ular lidi pun kite dah kecut perut. Ini lain pula jadinya dengan adik kita sorang ni Dwan Hamid. Seorang bakat baru yang sedang meningkat naik dalam bidang lakonan dan modelling.

 

Kalau korang perasan Dwan ni banyak berlakon dalam drama bersiri paling menginsafkan di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD, Tanah Kubur. Walaupun memegang peranan kecil, impaknya sangatlah besar. Selain berlakon dan modelling, ramai yang tidak mengetahui, Dwan ni ada bakat luar biasa yang lahir bersamanya. Snake Charmer a.k.a Penawan Ular.

 

Baru-baru ni,  Dwan Hamid berkesempatan untuk buat sesi fotografi dengan satu majalah hiburan tempatan di Sky Box, KL Tower. Untuk info Sky Box ini merupakan tarikan terkini di KL Tower. Satu kawasan di bahagian Sky Deck yang telah diubah suai , menempatkan kotak kaca "tampered glass" yang mana pengunjung berpeluang untuk masuk kedalam kotak dan melihat pemandangan 360' Kuala Lumpur.

 

Dalam sesi fotografi tersebut  Dwan dengan beraninya beraksi dengan ular King Cobra belaan nya termasuklah ular jenis Sawa Albino dan ular spesis berbisa, Katam Tebu. Kalau nak tahu Dwan Hamid ni merupakan anak didik kepada Raja Ular Malaysia, saudara Amjad Khan. Jadi selok belok kemahiran menjinakkan reptilia ini dah dikuasainya. Sungguhpun begitu, keselamatan tetap jadi faktor utama yang perlu didahulukan. Sekiranya lalai, padah jawabnya.

 

Tapi melihatkan sosok sado beliau ni, jangan kan ular yang terkulai, wanita pun pasti ramai yang menjeling jeling mencuri pandang. Nah abang payung korang! 

 

Biodata

 

Nama: Muhammad Ridwan @Dwan Hamid

Umur: 25 

Asal: Taiping

Hobi: Bermain Ular

Kareer : Pelakon/Peragawan

Drama: Tanah Kubur, Dollah Superstar, Suamiku Jatuh Dari Langit, dll

Facebook: Dwan Hamid / Dwan Hamid Official Fans

 

OK! Sempena cuti sekolah ni, KL Tower turut tidak ketinggalan menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang berkunjung ke KL Tower. Bermula dari 26 November 2016 hingga 1 Januari 2017, KL Tower kini sedang mengadakan promosi "Keriangan Cuti Sekolah".

 

Pengunjung bakal menikmati harga istimewa bagi tiket untuk naik ke Sky Deck. Harga untuk dewasa hanya RM45 dan RM21 untuk kanak-kanak. Selain itu diskaun sebanyak 35% turut diberikan kepada pengunjung yang membeli tiket kombo Sky Deck + All Park.

 

 

 

Selain dari tarikan sedia ada, Kl Tower turut mengadakan pertunjukan persembahan kebudayaan, aktiviti bersama artis jemputan dan banyak lagi. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi 03-20205444 atau layari www.menarakl.com.my

 

Kredit Foto : Dwan Hamid KL Tower

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.