Yonder Music Live Series By The Lake “Anuar Zain & You”

December 6, 2016

 

Tidak pernah gagal menjadi peneraju digital muzik masa kini, Yonder Music kembali dengan satu kejutan baharu buat peminat seni tanah air. Jika sebelum ini mereka sukses dengan Konsert Dato Siti Nurhaliza & Friends 2016, Yonder Music bakal tampil dengan sebuah persembahan istimewa yang dijangka tidak kurang hebatnya.

 

Jendela 2017 menyaksikan Yonder Music menjalin kolaborasi dengan mempersembahkan sebuah persembahan istimewa ikon muzik tanah air yang sentiasa menjadi pujaan ramai. Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You yang bakal diadakan pada 21 Januari 2017, di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, bermula pada pukul 8 malam dan dijangka akan menjadi acara pembuka tirai tahun 2017.

 

Sementelah, persembahan istimewa tersebut juga merupakan kesinambungan promosi album terbaru Anuar Zain. Menurut Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron, pihak mereka teruja untuk merealisasikan persembahan istimewa ini yang dijangka akan mendapat sambutan luar biasa di kalangan peminat.

 

Melihat kepada rekod Anuar sebagai penyanyi lelaki paling diminati banyak wanita sehingga ada yang sanggup menangis dan sering diterkam dalam banyak persembahannya, Adam optimis “Anuar Zain & You” akan menjadi persembahan pembuka tahun 2017 yang paling diingati kelak.

 

"Saya pertama kali diperkenalkan dengan muzik Anuar Zain oleh seorang rakan yang patah hati. Dia memainkan lagu Sedetik Lebih berulang kali sehingga saya sendiri tertarik dengan Anuar. Kini, saya pula yang sedang mabuk dengan lagu Andainya Takdir.

 

Jadi besar harapan saya agar kolaborasi ini berjaya mencapai matlamatnya. Saya sendiri berbesar hati untuk membawakan “Anuar Zain & You” kepada semua peminat dalam suasana yang lebih intimasi, sesuai dengan judul persembahannya," - Adam Kidron

 

Sementara itu, Anuar sendiri berbesar hati untuk menghiburkan peminatnya dalam skala besar dan bersifat mesra. Beliau yang masih di dalam rangkaian promosi album terkininya di gedung Mydin terpilih seluruh negara menyifatkan persembahan yang bakal dilangsungkan di Panggung Anniversari ini sebagai satu lokasi pertemuan empat mata yang mengujakan baginya.

 

"Besar harapan saya agar persembahan yang dirangka ini akan berjalan lancar dan menjadi medan kasih sayang dan silaturahim saya dengan peminat. Terima kasih kepada pihak Yonder Music yang sudi berkolaborasi sekaligus merealiasikan Anuar Zain & You, ini". - Anuar Zain

 

Bakal dilangsungkan selama 90 minit, “Anuar Zain & You” akan menyaksikan Anuar mendendangkan 14 lagu hit beliau. Disediakan keseluruhan pengisiannya oleh Anuar Zain Network, persembahan kali ini mendapat mendapat sentuhan Sze Wan sebagai pengarah muzik bersama seramai 14 pemuzik, di samping Jennifer Thompson yang bertindak sebagai pengarah persembahan.

 

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan istimewa Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You boleh didapati di www.ticketcharge.com.my bermula daripada 9 Disember 2016. - MyBuzz

 

Yonder Music Live Series - Anuar Zain & You

 

Lokasi: Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Tarikh: 21

Masa:

 

Kategori Tiket

 

VVIP (Zon A) – RM888

VIP (Zon B) - RM788

Cat 1 (Zon C) - RM588

Cat 2 (Zon D) - RM488

Cat 3 (Zon E) - RM388

 

 

Galeri: Sidang Media Yonder Music Live Series - "Anuar Zain & You"

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.