Rebiu : Aladdin - A Musical Comedy Reloaded

December 7, 2016

 

Semalam di PJ Live Arts, Petaling Jaya berlansung persembahan Aladdin - A Musical Comedy Reloaded. Pementasan yang telah masuk malam ke-enam ini, sangat meriah dan penuh dengan warna warni. Idea asal pementasan ini adalah berikutan kejayaan serta maklumbalas positif yang diterima oleh produksi Enfiniti Vision Media bagi pementasan Seussical- The Broadway Musical pada tahun 2014.

 

Aladdin -A Musical Comedy Reloaded mula dipentaskan secara pantomim pada tahun 2015. Berikutan sambutan yang menggalakkan , naskah  ini dipentaskan kembali pada tahun ini.  Kisah yang di ambil dari dongeng Aladdin ini, di garap semula oleh Enfiniti Academy, yang diasaskan oleh Puan Seri Tiara Jacquelina dengan idea idea lebih lucu, segar serta sarat dengan elemen musikal interaktif yang digabungkan lawak jenaka yang bertemakan senario semasa , komedi slapstik serta barisan lagu lagu popular yang diberi susunan semula yang mampu membuat semua penonton ketawa . Gabungan pelakon cilik dan profesional menjadikan pementasan kali ini juga dilihat berjaya membawa kelainan dari naskah sebelum ini.

 

Sinopsis:

 

Berkisah tentang ahli sihir jahat, Abanaza (Peter Davis) yang mencari lampu ajaib yang didalamnya ada Jin yang sangat berkuasa bagi tujuan menakluk dunia. Bagi mendapatkan lampu berkenaan,atas nasihat Penunggu Cincinnya, (Tria Aziz), Abanaza diminta untuk mencari seorang pemuda yang berjiwa murni, bernama Aladddin (Jayson Phuah)

 

Setelah puas mencari , maka bertemulah Abanaza dengan Si Janda Twanky (Rashid Salleh) seorang pengusaha toko dobi, yang diperakukan sebagai isteri kepada mendiang adiknya serta bapa saudara kepada  Aladdin dan abangnya Wishee Washee (Brian Chan)

 

Aladdin dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Tuan Puteri Kim K (Alesia Dhana). Disebabkan oleh darjat serta harta, hasrat untuk memiliki Tuan Puteri Kim K telah ditolak oleh Maharaja dan Maharani. Aladdin kemudian diminta oleh ibunya untuk menolong Abanaza untuk medapatkan pelita berkenaan tanpa menyedari niat jahat sebenar Abanaza. Maka bermula lah pengembaraan Aladdin bersama Abanaza,  dan Si Penunggu Cincin bersama permaidani terbang dalam satu perjalanan yang epik serta magis".....

 

Secara keseluruhan, persembahan pantomim Aladdin- A Musical Comedy Reloaded sangat menghiburkan. Penuh dengan warna warni disamping mesej serta sindiran yang disampaikan dalam bentuk jenaka  dan komedi slapstik. #Mohonterasa. Walaupun persembahan dilakukan atas pentas yang berskala kecil, impak yang ditonjolkan kepada penonton sangat besar. Secara individu, saya rasakan  babak yang paling epik sekali, pastinyaa saat muncul  permaidani terbang membawa Aladdin serta babak Si Penunggu Cincin mandi didalam mesin basuh.....

 

 

Pada yang masih belum datang menonton, anda semua masih berkesempatan kerana persembahan ini akan berlansung sehingga 11 Disember 2016.  Jadi segera dapatkan tiket anda hari ini juga.

Baca juga : Shout Out! Putera Aladdin Kembali!

 

Info Pementasan “Aladdin - A Musical Comedy Reloaded" :

 

Tarikh : 2-11 Disember 2016

Lokasi : PJ Live Arts, Jaya One

Ticket price : RM43.00, RM63.00, RM73.00 and RM123.00

For ticketing info and purchase visit www.tix.my

For more info visit www.facebook.com/enfinitiacademy www.facebook.com/enfinitiacademyonstage or

www.pjlivearts.my

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.