Laugh Factory Umum Harith Iskander Sebagai Finalis ke Pertandingan Akhir “FUNNIEST PERSON IN THE WORLD”

December 8, 2016

 

 

Kelmarin telah berlansung peringkat Separuh Akhir  Pertandingan Laugh Factory - " Funniest Person in the World" di Teatteri Forum, Helsinki yang mana telah melibatkan kumpulan pelawak seramai 20 orang yang mewakili 56 negara secara keseluruhan.

 

Seramai 5 orang finalis telah dipilih oleh panel juri profesional serta melalui undian global secara dalam talian yang mencatatkan jumlah undi keseluruhan sehingga lebih 40 juta undi. Kelima-lima finalis ini akan berentap ke pentas akhir yang dijadualkan berlansung pada hari esok 8 Disember 2016, Khamis (Findland) di Hullu Poro Areena, Levi, Finland. Berita yang menggembirakan buat Malaysia, apabila Harith Iskander telah terpilih menjadi finalis yang bakal berentap dalam peringkat akhir pertandingan tersebut.

 

Juara yang bakal dinobatkan dalam pertandingan berkenaan, akan membawa pulang hadiah utama yang berupa wang tunai sejumlah USD 100,000. Untuk pemenang tempat kedua dan ketiga masing -masing bakal menerima wangtunai sejumlah USD 10,000 dan USD 5,000. Manakala finalis lain bakal menerima USD 1,000, selain bakal dilantik sebagai "Duta Keamanan" yang akan membawa mesej keamanan ke seluruh dunia melalui ketawa.

 

Sementara itu, pengasas yang juga CEO Laugh Factory, Jamie Masada berharap agar para pelawak ini dapat dianggap sebagai solusi kepada kekerasan dan keganasan yang sedang berlaku diseluruh dunia dengan membawa mesej keamanan melalui kegembiraan dan hilai tawa. Tambah Masada lagi, segala keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak Laugh Factory akan disalurkan ke International Peace Institute dan organisasi Feed the Children.

 

 

Senarai Finalis Laugh Factory " FUNNIEST PERSON IN THE WORLD"

  1. Harith Iskander - Malaysia

  2. Alex Calejja - Filipina

  3. Mino Van Nassau - India

  4. David Kilimnick - Israel

  5. Katerina Vrana - Greece

 

Sementara itu, melalui perkongsian oleh Harith Iskander di laman Fan Page Facebooknya, Harith Iskander menzahirkan rasa syukur kerana telah dapat menewaskan 15 peserta lain di peringkat Separuh Akhir, malam Selasa lalu. Beliau juga turut berterima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih beliau sejak dari peringkat awal sehingga ke peringkat separuh akhir ini. Tambahnya lagi, Juara kelak bakal ditentukan melalui 100% undian atas talian.

 

"I made it through to the finals of Laugh's Factory's Funniest person in the World" - Harith Iskander

 

Untuk mengundi Harith Iskander, sila klik pautan ini: voteforharith.com

 

                                                                     Twitter : @HarithIskander

 

Pertandingan akhir Laugh Factory - " FUNNIEST PERSON IN THE WORLD" ini boleh disaksikan secara siaran lansung di saluran Youtube Laugh Factory .  Semoga Harith Iskander sukses dan mengharumkan nama Malaysia sekali lagi - MyBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.