Ayda Jebat Cipta Hat-trick di Anugerah Melodi 2016

December 10, 2016

 

Anugerah Melodi 2016 baru sahaja selesai. Majlis berlansung meriah di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Anugerah yang berdasarkan 100% undian peminat ini terbahagi kepada 10 kategori dengan kategori Personaliti Sensasi Melodi dipilih sebagai anugerah utama.

 

Malam ini menyaksikan Ayda Jebat menang besar dan mencipta hat-trick apabila memenangi 3 anugerah termasuk anugerah utama, Anugerah Personaliti Sensasi Melodi. Tahniah Ayda Jebat!

 

Jom kita lihat senarai penuh pemenang Anugerah Melodi 2016

Kategori Anugerah Melodi 2016

1. Personaliti Filem Melodi - Zizan Razak

2. Personaliti Muzik Melodi - Ayda Jebat

3. Personaliti Drama Melodi -  Fattah Amin

4. Personaliti Pengacaraan Melodi - Neelofa

5. Personaliti Sukan Melodi -  Datuk Lee Chong Wei

6. Personaliti Komedi Melodi - Jep Sepahtu

7. Personaliti Pasangan Sensasi Melodi - Akim & Stacy

8. Personaliti Media Sosial Melodi - Ayda Jebat

9. Personaliti Fesyen Melodi - Nazim Othman

 

10. Khas Personaliti Luar Negara Melodi - Afgan Shah Reza (Indonesia)

 

11. Khas Personaliti Artis Korea Paling Berpengaruh Melodi - Park Bo-Gum

12. Personaliti Sensasi Melodi 2016 - Ayda Jebat


Anugerah Melodi 2016 mempertandingkan 10 kategori dengan lima finalis bagi setiap kategori, manakala kategori Personaliti Sensasi Melodi 2016 pula dipilih sebagai anugerah utama.

Bagi anugerah utama, pemilihan sensasi itu bukan saja dari segi penampilan, tapi merangkumi semua aspek dalam kerjaya. Pemenang dinilai dari segi positif saja tanpa mengangkat perkara yang membabitkan sebarang kontroversi. Tahniah kepada semua penerima Anugerah Melodi 2016.  MyBuzz

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.