Danial Zaini Ungguli Pertandingan Lawak Solo Astro

December 10, 2016

 

Seperti yang dijangkakan Danial Zaini telah diumumkan sebagai juara  program realiti Lawak Solo musim pertama dalam pertandingan akhir yang diadakan semalam

Dengan kemenangan tersebut, Danial Zaini atau nama sebenarnya, Mohamad Danial Mohd Zaini yang berasal dari Bayan Baru,  Pulau Pinang berjaya membawa pulang hadiah utama yang berupa wang tunai berjumlah RM80,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Banyak pihak telah menjangkakan kemenangan Danial dek kerana beliau telah memberikan persembahan terbaik dan konsisten sejak minggu pertama sehingga ke peringkat akhir beliau bersaing di pentas Lawak Solo.

 

Danial turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih beliau kepada ibubapa serta penyokongnya di laman instagramnya @danialzaini101 semalam selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan itu.

 

 

 

Sementara itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Mad Sabah dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000 berserta trofi. Manakala Fikry pula menduduki tempat ketiga, turut membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi. AG Hafiz dalam pada itu terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat dengan membawa pulang wang saguhati sebanyak RM 10,000 dan trofi.

 

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.

 

Lawak Solo telah bersiaran dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS dan ditayangkan secara eksklusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134).

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.