Harith Iskander Dinobatkan Sebagai Individu Paling Kelakar di Dunia 2016

The Laugh Factory sebentar tadi telah secara rasmi mengumumkan pelakon serta pengacara, Harith Iskander sebagai juara dalam pertandingan "The Funniest Person in the World 2016" di Levi, Finland tempat pertandingan berlansung. Harith dengan itu telah menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak USD100,000. Sementara itu, naib johan membawa pulang wang tunai berjumlah USD 10,000 dan tempat ketiga sebanyak USD5,000 .


Pengumuman berkenaan juga telah dimuat naik oleh pihak penganjur di laman Twitter mereka, @TheLaughFactory. Diperingkat akhir pertandingan itu, Harith mendahului 4 peserta lain dalam pungutan undian global yang mencatatkan lebih 4 juta undian secara keseluruhan.


Menurut Harith dalam perkongsiannya di Facebook sebelum ini, juara adalah ditentukan secara 100% undian dalam talian. Undian dibuat oleh pengundi setelah menonton klip persembahan komedi kesemua peserta yang telah dimuat naik di laman web LaughFactory.com



Diperingkat akhir pertandingan itu, Harith telah bersaing dengan 4 peserta lain yang mewakili negara negara seperti India, Filipina, Greece dan Israel. Dalam persembahan akhir beliau yang berdurasi 15 minit itu, Harith menjadikan pengalaman pertama kali beliau ke Finland dan pengalaman pertama kali beliau menaiki penerbangan kelas perniagaan serta perbezaan diantara wanita dan lelaki dalam komunikasi seharian sebagai modalnya untuk berjenaka.

Baca: Laugh Factory Umum Harith Iskander Sebagai Finalis ke Pertandingan Akhir “FUNNIEST PERSON IN THE WORLD”

Tahniah sekali lagi buat Harith Iskander atas kemenangan beliau sekaligus mengharumkan nama Malaysia! - MyBuzz

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.