Persona Fish Leong Di Lincoln Centre, NY

December 13, 2016

Kredit Foto: TheHive Asia

 

Namanya mungkin tidak se-popular Dr Soo Wincci dikalangan penggemar industri seni tempatan khususnya penggemar dari kelompok Melayu. Namun begitu nama Fish Leong sangat popular dikalangan peminat musik Canto-Pop serta amat gah diluar negara. Juga dikenali sebagai "Ratu Lagu Cinta" nama Fish Leong meniti dibibir setiap peminat di luar negara seperti Hong Kong, Taiwan, China, Singapura dan Jepun.

 

Dilahirkan di Bahau, Negri Sembilan, Fish Leong (38) memulakan kareer nyanyian beliau di Taiwan sejak 1997. Sehingga kini beliau telah melahirkan lebih dari 12 album dan telah memenangi pelbagai  anugerah serta pengiktirafan dalam dan diluar negara. 

 

Kredit Foto: TheHive Asia

 

Baru baru ini, pada 4 Disember 2016, Fish Leong mengakhiri siri konsert jelajah dunia beliau, Tu T'appelles L'amour di New York City, USA, setelah membuat persembahan di 8 buah negara termasuk Malaysia. Apa yang membanggakan, Fish Leong merupakan artis Malaysia pertama yang membuat persembahan di Lincoln Centre for the Performing Arts , New York. Lebih membanggakan apabila jualan tiket untuk konsert berkenaan Sold-Out!

 

Pada konsert yang berdurasi 3 jam itu , Fish Leong turut diiringi pemusik dari Malaysia, Mac Chew dan Jenny Chin. Lincoln Centre merupakan pusat pengajian seni yang terkenal yang telah banyak menjadi hos kepada banyak konsert serta acara kesenian antarabangsa. MyBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.