Tuah Yuna!

December 16, 2016

Foto: Twitter @yunamusic

 

Tahun 2016 ni memang tahun bertuah buat penyanyi Yuna, Mana tidaknya, sejak album terbarunya Chapters dikeluarkan nama Yuna mencanak naik bagaikan pisang panas yang baru lepas digoreng.

Koloborasi Yuna dan Usher dalam "Crush" benar benar mendatangkan impak besar kepada dirinya. Pendek kata sekelip mata nama Yuna meniti di setiap bibir peminat muzik antarabangsa.

 

Di Malaysia tidak kurang hebatnya . Disebalik kemasyhuran itu Yuna perlahan lahan mula membina empayar jenamanya sendiri . Koloborasi demi koloborasi Yuna bersama pereka fesyen tempatan menghasilkan "pieces of art" yang mampu dimiliki oleh peminat peminatnya bukan sahaja di Malaysia bah kan diseluruh dunia. Sehingga kini Yuna telah berkoloborasi bersama Hatta Dol Mat untuk koleksi Hatta Yuna: Nuova Flora serta Losravelda untuk koleksi skarf dan tudung dibawah jenama YunaforLosravelda

 

November lalu nama Yuna jadi bualan hangat netizen apabila gambarnya terpampang besar menghiasi paparan LED di bangunan Nasdaq yang terletak di Times Square, New York. Khabarnya bukan calang calang artis yang mampu terpilih untuk menghiasi paparan LED berkenaan. Tidak terhenti disitu, kejayaan demi kejayaan mengekori Yuna....bertuah sungguh budak ni. 

 

Yang terbaharu, Yuna berkongsi catatan di akaun Twitter miliknya, album Chapters telah tersenarai dalam Billboard :10 Best R&B Albums of 2016: Critic's Picks . Majalah The Rollingstones mengiktiraf album Chapters  dalam senarai 20 album terbaik R&B 2016. Malah Spotify juga turut menamakan Yuna sebagai "The most Malaysian  artist played on Spotify".

Foto: Twitter @yunamusic

 

Terkini lagu "On Ghost Ridge", koloborasi Yuna bersama Nicholas Pike telah disenaraikan dalam pencalonan awal kategori lagu asli (Original Song) Terbaik di Anugerah Academy ke-89 yang bakal berlansung pada Februari 2017 nanti. Lagu ciptaan Nicholas itu, dihasilkan untuk filem dokumentari 100 Years: One Woman's Fight For Justice.

 

Tidak hanya disitu, Yuna kini sedang mengintai peluang bagi album terbaru beliau , "Chapters" untuk ke Anugerah Grammy! Khabarnya Yuna telah menghantar pencalonan bagi 2 kategori : Artis Baru Terbaik dan Album Kontemporari Urban Terbaik

 

Sebagai peminat serta rakyat Malaysia, kita doakan Yuna agar bisa mendapat kejayaan demi kejayaan. Baik untuk Yuna, Baik juga untuk Malaysia. MYBuzz

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.