Filem 'Mia Tiara' Buka Peluang Koloborasi Pada Pereka Fesyen Muslimah

December 17, 2016

Membawa fesyen serta model muslimah ke pentas peragaan antarabangsa. Idea ini digarap oleh penulis skrip Rosmadewi Zain lalu menghasilkan skrip filem 'Mia Tiara'. Sebuah kisah yang menyentuh perasaan tentang gadis bernama Mia Tiara sebelum bergelar model muslimah antarabangsa.

 

Filem terbitan Tenview (M) Sdn Bhd ini dijadual bakal memulakan penggambaran pada April 2017 dan dijangka ditayangkan di pawagam pada November atau Disember 2017. Filem ini bakal dibintangi oleh pelakon Faizal Hussein, Siti Eja, Izzue Islam, Amar Asyraff, Julia Ziegler, Hafreez Adam serta Nadia Shahab.

 

Menurut pengarahnya, Norazah Sahud, pihaknya sedang menunggu keputusan dari Fathia Latiff bagi memegang peranan sebagai heroin untuk filem ini. Setakat ini, Fathia masih belum memberikan kata putus. Menurutnya lagi sekiranya Fathia menolak tawaran itu, maka satu sesi pencarian wajah Mia Tiara akan dijalankan dimana pihak Tenview akan membuka peluang ini kepada wanita wanita bertudung untuk hadir ke sesi ujibakat bagi mencari pelako heroin untuk filem ini.

 

Norazah yang ditemui dalam majlis pra pelancaran filem 'Mia Tiara' di Hulu Kelang baru baru ini, yakin filem itu bakal menjadi sebuah karya ikonik Islamik dengan mengangkat kisah perjuangan hidup dan inspirasi seorang wanita bertudung

 

Sementara itu, Rosmadewi Zain turut memaklumkan bahawa pembikinan filem ini bakal membuka peluang  koloborasi kepada pereka-pereka fesyen Muslimah diluar sana yang ingin mempromosikan jenama busana mereka. Menurutnya lagi pihak Tenview masih dalam proses berunding dengan beberapa pereka fesyen serta pemilik butik busana muslimah untuk tajaan bagi filem ini.

 

Filem 'Mia Tiara' bukan sahaja menampilkan sisi glamour dunia peragaan, tetapi mengungkapkan unsur unsur kemanusiaan serta kasih sayang, hubungan kekeluargaan, pengorbanan dan cinta sejati. Menampilkan rempah ratus lengkap elemen perfileman, 'Mia Tiara' bakal dilahirkan dalam era kebangkitan Muslimah sejagat yang bertunjangkan keimanan tanpa mengetepikan kepentingan penampilan serta fesyen masakini.

 

Kos pembikinan filem ini pula dianggarkan sekitar 1 hingga 1.2 juta ringgit. Manakala proses penggambarannya pula bakal dilakukan di beberapa lokasi di Malaysia dan luar negara. Walaubagaimanapun ianya adalah tertakluk kepada bajet filem ini serta jumlah tajaan yang diterima.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.