'DIRGAHAYU' Trending No.2 Di Youtube



Selepas di muat naik ke laman Youtube pada 19 Disember lalu, usai tayangan secara rasmi pada malam Anugerah Industri Musik 22, video musik 'Dirgahayu' kini trending N0.2 dengan jumlah sebanyak lebih 438 ribu tontonan . (semasa artikel ini ditulis.)


Sedia maklum lagu 'Dirgahayu' digunakan sebagai OST bagi drama bersiri 'Lara Aisyah' terbitan Global Station di saluran Astro Prima dan Maya HD . Kata Faizal Tahir lagu ini inspirasinya datang dari Dato' Siti Nurhaliza sendiri. Sewaktu dilamar oleh pihak Global Station, Faizal Tahir diminta unuk berduet bersama DCT. Menurut DCT pula, pihak Global Station meminta beliau untuk menyanyikan lagu tema bagi drama ini dan digandingkan bersama Faizal Tahir.


"Alhamdulillah oleh kerana ada keserasian itu, akhirnya Dirgahayu yang dihasilkan oleh Faizal Tahir dan sahabatnya untuk saya nyanyikan secara duet" - Dato Siti Nurhaliza


Youtube : SubcribeFaizalTahir

Menurut Faizal lagi, lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang berkesempatan untuk bertemu kakasih hati untuk satu jangka waktu yang singkat buat kali terakhir. Tambahnya lagi koloborasi bersama Dato' Siti Nurhaliza amat senang memandangkan DCT sudah berada dalam industri agak lama dan tidak menolak sekiranya diberi kesempatan untuk bekerjasama dimasa hadapan.


Sementara itu, lokasi bagi penggambaran MV ini dilakukan di Bangunan KTM, Kuala Lumpur. Menurut team produksi MV ini, Lokalab, mereka memilih lokasi tersebut bagi menghasilkan sesuatu yang kelihatan mejestik dan epik. Kesan khas VFX digunakan untuk memperlihatkan bangunan tersebut terletak disatu lokasi yang tidak terfikirkan dan terjangkau difikiran. Kalau dilihat semua bangunan tinggi yang mengelilingi bangunan KTM itu berganti dengan latarbelakang gunung ganang seluas mata memandang

Untuk busana pula, pihak team produksi telah mendapat kerjasama dari pereka terkenal, Ezuwan Ismail.


Jom ramai ramai kita jadikan VM ni trending No1. Lagu dah sedap, VM pun dah epik! Tahniah buat Faizal Tahir dan Dato' Siti Nurhaliza. MYBuzz


DIRGAHAYU | Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza


Adakah ini kali yang pertama Adakah ini kali yang terakhir Mungkin waktu tak mengizinkan kita Mungkin jalan ceritanya berbeza Ouhhh huwooo Satu hari pasti nanti Ku akan memahami Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya Namun tak aku mengalah Ku pasti ada jawabnya Ku berikan segalanya Semua dan sesungguhnya Cinta dirgahayu Cinta dirgahayu Cinta kau dan aku

Andai takdir kita bertemu lagi (Ku berdoa selalu) Masihkah akan kau kenang kembali (Takkan pernahku lepas) Satu hari pasti nanti Ku akan memahami Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya Namun tak aku mengalah Ku pasti ada jawabnya Ku berikan segalanya Semua dan sesungguhnya Cinta dirgahayu Cinta dirgahayu Cinta kau dan aku

Tidak pernahku bersoalkan takdirNya Dan ku percaya cintakan mengatasi Semuanya

Ku terima segalanya Namun tak aku mengalah Ku pasti ada jawabnya Ku berikan segalanya Semua dan sesungguhnya Cinta dirgahayu Cinta dirgahayu Cinta kau dan aku Cinta dirgahayu Dirgahayu Cinta dirgahayu




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.