Krismas Terakhir Buat George Michael & Princess Leia

December 28, 2016

 

May Peace be with you Princess Leia

 

Peminat Star Wars diseluruh dunia semalam berduka apabila mengetahui pelakon yang membawa watak Princess Leia (Carrie Fisher) dalam trilogi filem itu meninggal dunia. (Selasa) 


Fisher, dilaporkan mengalami serangan jantung ketika berada didalam pesawat minggu lalu meninggal dunia di Los Angeles pada usia 60 tahun.

 

Fisher, dikenali dunia dan menjadi popular selepas memegang watak puteri galaksi dalam trilogi Star Wars : A New Hope, The Empire Strikes Back dan Return of the Jedi. Beliau juga turut melakonkan semula watak Princess Leia dalam naskah terbaru Star Wars: The Force Awakens, yang telah disiarkan pada penghujung 
tahun 2015.
 

Good bye Beautiful Man

 

 

Sementara itu dunia dikejutkan dengan kematian Georgios Kyriacos Panayiotou yang juga dikenali sebagai George Michael, disaat semua penganut Kristian sedang bersedia untuk menyambut Hari Krismas.

 

Bintang yang mula membina kerjayanya bersama WHAM diawal tahun 1980 sebelum bergerak secara solo dikhabarkan meninggal akibat komplikasi jantung. Berita kematiaannya diumumkan oleh pihak keluarganya kelmarin. Beliau ditemui meninggal dunia oleh pasangannya, Fadi Fawaz pada pagi Krismas di kediaman mereka yang terletak di Goring-on-Thames, Oxfordshire, UK

 

George Michael yang sebelum ini terkenal dengan lagu lagu seperti 'Careless Wishpers', Wham Rap! (Enjoy What You Do), Club Tropicana, Last Christmas, dan Make Me Wake Up Before You Go meninggal pada usia 53 tahun. Beliau mencatatkan jualan lebih 100 juta unit di sepanjang 4 dekad kareer beliau. MYBuzz

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.