Pencarian Wajah Mia Tiara Kini Bermula!


Wanita berhijab di Malaysia kini berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem terbaharu terbitan Tenview (M) SB yang berjudul Mia Tiara.


Pihak produksi mengumumkan pada majlis pra pelancaran filem berkenaan pada pertengahan Disember lalu, pencarian wajah Mia Tiara hanya akan dibuat sekiranya tidak mendapat persetujuan dari Fathia Laiff yang sebelum ini ditawarkan untuk memegang peranan utama sebagai Mia Tiara.


Filem terbitan Tenview (M) Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh pelakon Siti Eja, Amar Asyraf, Faizal Hussein, Izzue Islam, Julia Ziegler, Hafreez Adam dan Nadia Shahab.


BACA: Filem 'Mia Tiara' Buka Peluang Koloborasi Pada Pereka Fesyen Muslimah


Dalam perkembangan terkini, pihak Tenview telah mewujudkan akaun instagram rasmi @miatiaraofficial untuk mencari bakat baru bagi membintangi filem ini. Pada mereka yang berminat, sila hantarkan profil penuh anda ke filemmiatiara@gmail.com , manalah tahu kalau kalau anda orangnya yang mereka cari!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts