Takziah: Tan Sri SM Salim Kembali Ke Rahmatullah

December 29, 2016

 

Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros atau lebih dikenali sebagai S.M. Salim telah kembali ke rahmatullah di kediamannya yang terletak di Ukay Perdana, Hulu Kelang pada pukul 5:44 petang semalam. (Khamis)

 

Menurut anak Allahyarham, Puan Siti Noraishah, Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua dan menghembuskan nafas terakhir disamping anak-anak serta cucu-cucunya. Allahyarham sebelum itu dikhabarkan tenat serta mengalami kesukaran bernafas pada sebelah paginya. Allahyarham meninggal dunia pada usia 88 tahun.

 

Melalui perkongsian maklumat cucu saudara allahyarham, Elina Ali di fbnya, jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim akan dibawa ke Masjid Kg Baru pada jam 10.30 pagi esok untuk dimandikan, kafan dan solat jenazah. Jenazah kemudian akan dikebumi Di Tanah Perkuburan Ampang. Jalan Ampang selepas solat Jumaat.

 

Tan Sri SM Salim Dalam Kenangan

 

 

Mengimbas kembali penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau mula terlibat dalam dunia seni pada tahun 50-an,  sewaktu beliau menganggotai kumpulan Irama Melayu (pimpinan Awalaudin), sebelum menyertai Orkestra Puspati (diketuai mendiang Alfonso Soliano). Tan Sri P. Ramlee (Allahyarham) adalah antara orang yang banyak mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.

 

Allahyarham merupakan seniman kedua selepas Allahyarham P. Ramlee bergelar Tan Sri. S.M. Salim mula bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya (sekarang RTM) secara sambilan semenjak 1957. Pada masa sama beliau dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu klasik (tradisional).

 

Allahyarham merupakan antara artis yang diundang untuk menghiburkan tentera dari pelbagai negara ketika tentera Malaysia ditugaskan di Congo di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960. Allahyarham juga pernah melaksanakan tugas yang sama ketika era Konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960.

 

Allahyarham menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari kerajaan selepas kembali dari Congo bersama-sama dengan penggesek biola, Allahyarham Hamzah Dolmat dan pelawak, Ismail Bontak.Allahyarham  turut dianugerahkan pingat Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) oleh Sultan Selangor dan Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat’ (DPMT) dari Sultan Terengganu. Kedua-duanya membawa gelaran Datuk. 

 

Pada 1991, Allahyarham dianugerahkan 'Tokoh Seni' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 'Anugerah Seri Wirama' di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) pada 1997. Pada 2 Jun 2001, Allahyarham dianugerahkan pingat Darjah Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena harijadi baginda ke-75 yang membawa gelaran Tan Sri.

 

Allahyarham diberikan Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu. Al-Fatihah

 

Sumber: Wikipedia

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.