PENCARIAN DELMORAA IDOL BAPAKKU.FM

January 10, 2017

Dalam usaha memasarkan lebih luas lagi produk kesihatan iaitu Delmoraa, Bapakku Marketing telah mempergiatkan usaha dalam memperkenalkan projek Pencarian Delmoraa Idol. Pengasas, Pencetus Idea serta Dj Otai Ismahalil Hamzah & team ingin menampilkan kelainan dalam mempelbagaikan sayap pemasaran syarikat.

 

Majlis Pelancaran Delmoraa Idol ini telah berlangsung dengan santai dan meriah pada minggu lalu. MB turut diundang ke Majlis Pelancaran tersebut. Terima kasih Daun keladi.

 

 

Bapakku.FM  adalah sebuah Radio Internet yang memulakan operasinya pada awal tahun 2010  telah mengorak langkah ke arah stategi pemasaran produk kesihatan. 

 

“Sudah sampai masanya untuk pihak kami keluar dan melancarkan Road Tour Delmoraa untuk pengetahuan umum. Dalam road tour ini kami akan mencari calon atau seseorang yang digelar Delmoraa Idol'', Kata Ismahalil Hamzah.

 

Beliau juga turut menjelaskan konsep atau idea Delmoraa idol;

 

“Delmoraa Idol hendaklah memiliki  kriteria yang sesuai sebagai idol yang mana calon tersebut mestilah pandai menyanyi, mengacara serta bersifat sporting. Calon tepat Delmoraa Idol juga bakal menjadi penghias dan penyeri bunting dan banner Delmoraa, “

 

Menurut Ismahalil Hamzah lagi, Road tour ini bakal mempunyai banyak cerita dan testimoni untuk diceritakan kembali ke dalam ruang udara radio Bapakku.FM nanti.

 

“Setiap bulan kami akan memilih pengguna bertuah Delmoraa yang tampil dengan testimoni yang baik tentang keberkesanan Delmoraa ini. Percutian ke Pulau Tioman selama 2 hari 2 malam bakal menjadi ganjaran buat pengguna yang bertuah” 

 

Road Tour Delmoraa Bapakku.FM ini akan turut disertai oleh Team Admin & Marketing, The Super Buskers , penaja dan Team Bikers. Ia merangkumi 4 Zon iaitu Utara, Selatan, Pantai Timur dan Lembah Klang.

 

Kesesuaian tempat persinggahan road tour akan dikenal pasti dalam waktu terdekat. Lokasi seperti Plaza Angsana Johor Baharu , Melaka Mall dan KB Mall mungkin bakal menjadi destinasi persinggahan kami.

 

Siapa yang bakal dinobatkan sebagai Delmoraa Idol? Kita tunggu dan lihat. Sebuah lagu khas telah dicipta bagi tujuan mempromosikan produk Delmoraa. Lagu ciptaan The Super Buskers dan lirik ditulis Ismahalil Hamzah sendiri. The Super Buskers juga merupakan juri tetap dalam pencarian ‘Delmoraa Idol’.

 

Dalam pada masa yang sama juga, Bapakku Marketing telah mengeluarkan beberapa produk lain seperti Habattus Sauda asli (produk import) bernama Aimtiaz dan sabun ‘Lucky Biney’.

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar dan mandapatkan penerangan lebih lanjut mengenai produk Delmoraa dan juga produk lain, sila hubungi Bapakku Marketing seperti berikut:

 

Delmoraa HQ : 010-5187000

Agen Lembah Klang dan Selatan, Fazila : 012- 3264654

Agen utara, Shidi : 019-8877665 

Emel : sales@delmoraa.com 

 

MyBuzz ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Syabas !!!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.