Takziah: Allahyarham Papa J Dalam Kenangan

January 13, 2017

 

Industri hiburan Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni tanah air yang juga ahli Bintang Dangdut Malaysia iaitu bekas kumpulan Duo Asiarasa,  Allahyarham Jamal Bin Manap, 55 tahun atau lebih popular dengan nama panggilan Amar Putra aka Papa J.

 

Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir disamping keluarga di Hospital Ampang pada jam 9.50 malam tadi (Jumaat), akibat pendarahan dalam kepala. Terdahulu  Allahyarham Jamal ditemui tidak sedarkan diri di hadapan pintu bilik air di kediamannya di Taman Kosas, Ampang, di sini, pagi semalam.

 

Jamal yang tinggal bersendirian ditemui seorang pekerjanya yang tiba di rumah berkenaan untuk keluar berniaga pada jam 10.15 pagi.Abangnya, Mohamad Sani, 57, berkata, adiknya dibawa ke Hospital Ampang, di sini, dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan kritikal serta terpaksa bergantung dengan mesin bantuan pernafasan.

 

Jamal yang juga dikenali sebagai Papa J pernah menganggotai kumpulan Duo Asiarasa bersama seorang lagi penyanyi iaitu Khalid Ahmad. Mereka yang bernaung di bawah Ciku Records milik Manan Ngah ketika itu popular dengan lagu Tanda Ingatan ciptaan komposer terkenal itu.

 

Menurut Mohamad Sani, Allahyarham Jamal sebelum ini pernah memberitahu kakaknya bahawa dia disahkan menghidap kanser. Jenazah Allahyarham bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, sebelum solat Zuhur, hari ini (14 Januari 2017). -MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.