SALMA JUARA DIANTARA JUARA PENTAS EPIK 3 JUARA

January 16, 2017

Semalam 15 Januari 2017 selesai sudah program realiti 3 Juara TV3 yang ditayangkan selama 13 minggu telah menyaksi Juara Balada Salma, Juara Rock Kudien dan Juara Irama Malaysia Azizul yang masing-masing membawa hadiah berupa wang tunai RM50,000.00 beserta trofi. Kini Juara diantara Juara di Pentas Epik 3 Juara iaitu Salma Asis merangkul wang tunai RM100,000.00. 

 

Pada malam tersebut Salma, Kudien dan Azizul berentap dengan mempersembahkan nyanyian yang cukup hebat dalam segmen SOLO, DUET bersama Artis Pilihan dan TRIO. MB juga sempat merakamkan saat-saat indah mereka beraksi di atas Pentas Epik 3 Juara.

 

Salma bekas Juara Mentor yang juga berasal dari Sabah telah menampilkan lagu Solo I Surrender, Duet bersama Azlan Typewriter lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Hukum Karma manakala TRIO lagu Sekadar Di Pinggiran/Mimpi Laila/ Lagu Untukmu yang berentap bersama Kudien & Azizul.

 

Program 3 Juara merupakan program realiti  nyanyian yang menampilkan setiap genre iaitu BALADA, ROCK & IRAMA MALAYSIA anjuran TV3.  Program ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru sebagai pelapis dalam kategori yang dipertandingkan dan mengangkat martabat industri muzik tempatan ke tahap yang lebih tinggi. 

 

Setiap kategori ini diwakili oleh Produser/Komposer terkenal tanah air iaitu Ajai BALADA, Edrie Hasim ROCK dan Pak Ngah IRAMA MALAYSIA.

 

Sepanjang berlangsungnya Program 3 Juara ini, ia turut diadili oleh juri tetap profesional mengikut kategori iaitu Dato' Awie ROCK , Dato' Rossa BALADA dan  Noraniza Idris IRAMA MALAYSIA.

 

 

 

 

MyBuzz ucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan SYABAS kepada semua juara setiap kategori !! Anda Adalah Juara!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.