ANUAR ZAIN ALBUM TOUR 2017 BERSAMA 'CINTA TAKKAN BERAKHIR'

January 19, 2017

 

 

Setelah sambutan yang begitu memberangsangkan  Anuar Zain Album Tour 2016 lagu 'Andainya Takdir'.  Penghibur terkenal tanah air, Anuar Zain sentiasa ingin berkongsi dan juga sebagai hadiah kepada peminat-peminat beliau dengan menampilkan muzik video terbaru 'Cinta Takkan Berakhir'.

 

Anuar Zain Album Tour 2017 membawa Anuar Zain ke 6 lokasi Mydin Mall selaku penaja utama. 3 lokasi di Sarawak iaitu Mydin Samariang, Mydin City One dan Mydin Vista Tunku, Kuching manakala 3 lagi lokasi di Mydin Pulau Sebang, Melaka, Mydin Parit Buntar, Perak dan Mydin Senawang di Negeri Sembilan menjadi pilihan lokasi untuk bersama dengan peminat.

 

Sepanjang promosi Anuar Zain Album Tour 2017, penaja-penaja lain iaitu Wonder Glow, Head & Shoulder, Nescafe dan Classic BIllboard turut membantu menjayakannya.

 

''Alhamdulillah, syukur kepada hadrat ilahi kerana Anuar Zain Tour 2016 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan sokongan yang diberikan oleh semua. Ternyata, rangkaian promosi seumpama ini iaitu bertemu peminat secara khusus dan melakukan persembahan di hadapan mereka masih memberikan impak yang kuat terhadap kerjaya dan penjualan karya saya. Hasilnya dengan kerjasama beberapa penaja lain akan terus menyokong promosi pintar ini dengan nama Anuar Zain Album Tour 2017'', Ujar Anuar.

 

Lagu single 'Cinta Takkan Berakhir' menjadi momentum dan berinspirasi kepada beliau dalam melahirkan sebuah karya cerita dalam lagu. Sambungan muzik video ini adalah rentetan daripada Lagu Single 'Andainya Takdir' dan semasa sidang media tersebut MYBuzz bersama media lain dipertontonkan khas secara ekslusif Muzik Video Cinta Takkan Berakhir.

 

'' ......muzik video ini adalah satu penceritaan kepada masyarakat dan mungkin memberikan sesuatu yang positif', ujar Anuar semasa ditanya oleh  MyBuzz Team mengenai harapan terhadap Muzik Video terbaru.

 

Muzik Video ''Cinta Takkan Berakhir'' akan disiarkan bermula 26 Januari 2017 jam 11.00 pagi di saluran Youtube VEVO Anuar Zain.

 

Dikesempatan itu Anuar mengajak peminatnya menyaksikan Yonder Music LIve Series By The Lake- Anuar Zain & You pada 21 Januari 2017 di Panggung Anniversari.

 

 

 

MYBuzz ucapkan Selamat Maju Jaya & Semoga Karier Nyanyian Anuar Zain Terus Menyinar. Syabass!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.