LELAKI TERAGUNG MERANGKUL TAKHTA JUARA #AJL31

January 23, 2017

Semalam menyaksikan lagu LELAKI TERAGUNG nyanyian DAYANG NURFAIZAH berjaya merangkul takhta Juara AJL31. Lagu tersebut dicipta oleh Natasyah dan lirik oleh Iman Imran yang lebih dikenali sebagai Rudy. Juara AJL31 membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.00.

 

 

Saksikan kemantapan suara Dayang Nurfaizah sekali gus memenangi VOKAL TERBAIK AJL31 selama 3 tahun berturut-turut. Dayang membawa pulang hadiah Wang Tunai sebanyak RM12,000.00 berserta  trofi.

 

 

Selain itu juga Lagu TERIMAKU SEADANYA merupakan NAIB JUARA AJL31. Lagu ini nyanyian MISHA OMAR & HAFIZ SUIP dicipta dan liriknya ditulis sepenuhnya oleh AJAI. NAIB JUARA membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000.00 berserta trofi.

 

Tempat ketiga AJL31 dimenangi oleh lagu SUDAHKU TAHU nyanyian kumpulan yang popular dan viral di Media sosial iaitu Projector Band. Lagu dan lirik sepenuhnya oleh Razif yang jugak Gitaris kumpulan itu. Kemenangan ini juga dapat menyuntik semangat kepada pendatang-pendatang baru dalam Industri Hiburan Tanah Air untuk menghasil karya-karya yang mendapat tempat dihati peminat. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.00 berserta trofi.

 

 

HANG PI MANA lagu nyanyian Khalifah mendapat perhatian para pengundi dan sekaligus memenangi Persembahan Terbaik AJL31. Mereka membawa pulang wang tunai RM12,000.00 berserta trofi.

 

Kali ini AJL31 menampilkan tema  CERITA DALAM LAGU dan sebanyak 12 buah lagu dipersembahkan antaranya lagu KU RELA DIBENCI nyanyian Aiman Tino, DI AMARAN MAMA oleh Hazama, ANUGERAH TERINDAH nyanyian Black, OBSES oleh Akim & The Majistret, KALAH DALAM MENANG oleh Mawi & Syamsul Yusof, SETIA nyanyian Elizabeth Tan & Awi Rafael, lagu SELAMANYA CINTA oleh Shila Hamzah & Alif Satar dan lagu TERAKHIR nyanyian Suffian Suhaimi.

 

Kemuncak AJL31 di hoskan oleh Sarimah Ibrahim, Fizi, Awal Ashaari & Fara Fauzana.

 MYBuzz ucapkan ribuan terima kasih kepada TV3 kerana sudi jemput kami ke AJL31 dan kepada semua pemenang diucapkan TAHNIAH dan SYABAS!!! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.