Fazura Kini Bernaung Dibawah Universal Music

February 3, 2017

Dia cantik, dia seksi, dia bijak, Dia Fazura! Telah terlebih dahulu meletakkan namanya sebagai aktres kelas pertama dalam dunia lakonan, namun Fazura seakan masih belum mampu menoktahkan kebebasan untuk meneroka lapangan hiburan dengan lebih jauh.

 

Seiring dengan berkembangnya tawaran lakonan sehingga ke Indonesia, Fazura tidak mahu momentum kariernya terarah kepada satu bidang sahaja.

 

Fazura yang menjadi penyanyi wanita pilihan grup terkenal Estranged menerusi kolaborasi dalam hit 'Hancur Aku' pada 2015, terlebih dahulu melahirkan single perdananya, Sayangi Dirimu pada 2014.

 

 

 

 

 

Seperti tersusun cantik dan tidak mahu menoleh ke belakang, Fazura yang sebelum ini tidak pernah mempertaruhkan karier seninya di bawah pengurusan sebuah syarikat telah mengambil langkah berani apabila kini secara rasmi  mengikat kontrak bersama syarikat rakaman gergasi Universal Music.

 

Namun, kontrak yang ditandatangani bukan sahaja sebagai seorang penyanyi, sebaliknya, Fazura memberi kepercayaan penuh terhadap Universal Music untuk menguruskan segala urusan karier seninya termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan.

 

Keputusan tersebut diambil bukan sekadar untuk memastikan kerjayanya dalam bidang seni lebih kukuh, tetapi Fazura mahu memastikan impak yang besar dan lebih positif terjadi kepada karier seninya.

 

“Pihak kami telah lama mengikuti perkembangan karier Fazura. Sebagai anak seni, beliau memiliki perjalanan karier yang baik dan memberi pengaruh besar terhadap banyak peminatnya.

 

“Apabila melihat kepada perjalanan kariernya yang positif dan semangat beliau untuk terus berkembang maju, Universal Music tidak teragak-agak mengikat kontrak dengan Fazura dan mengambil tanggungjawab besar serta memainkan peranan untuk mencorakkan kerjaya seninya daripada segenap segi.

 

“Besar harapan kami, agar kerjasama yang dijalinkan ini akan memancarkan lagi pesona Fazura dalam dunia hiburan,” ujar Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Encik Kenny Ong.

 

Sehubungan itu, Universal Music dengan bangganya mempersembahkan single kolaborasi Fazura bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason DY

 

Menepati janji mereka, single tersebut menyaksikan Fazura tidak duduk dalam zon selesa negara sendiri apabila beliau menjalin kolaborasi bersama Jason DY untuk lagu berjudul “Nothing Like Pag Ibig”.

 

Kolaborasi itu sekali gus menyaksikan Fazura bakal menakluk pasaran muzik Filipina, sama seperti beliau sukses memikat hati peminat di Indonesia dengan bakat lakonannya.

 

“Untuk ‘salam perkenalan’ pesona Fazura, pihak kami berbangga mempersembahkan kolaborasi beliau bersama Jason DY, seorang penyanyi di Filipina.

 

“Kolaborasi ini secara tidak langsung membuktikan Universal Music begitu komited dan serius untuk memberi anjakan besar terhadap karier nyanyian Fazura.

 

“Seperti yang kita sedia maklum, beliau sudah berjaya menawan hati peminat Indonesia dengan lakonannya, saya percaya menerusi single duet Nothing Like Pag Ibig, peminat Filipina akan terpesona pula dengan bakat nyanyiannya,” ujar Kenny lagi. 

 

Sementara itu, Fazura juga berbesar hati dan cukup teruja untuk melihat perkembangan positif selepas beliau menyerahkan masa depan karier seninya kepada Universal Music.

 

“Saya mengambil keputusan memberi kepercayaan penuh untuk Universal Music menguruskan karier seni saya kerana portfolio syarikat rakaman ini cukup baik.

 

“Dari segi nyanyian, banyak penyanyi hebat bernaung dengan Universal termasuk Yuna dan Dato’ Siti Nurhaliza yang menyerahkan kerja pengedar album kepada Universal.

 

“Justeru saya terpanggil untuk duduk di bawah Universal Music agar bukan sahaja kerjaya nyanyian saya dikembangkan dengan lebih baik, tetapi memastikan karier seni saya  lebih terurus dan terjamin. Dan saya percaya bahawa Universal Music akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik,” ujar Fazura.

 

Sepertimana Universal Music, Fazura cukup teruja menantikan respons terhadap kolaborasi perdananya dengan Jason DY, sementelah ia merupakan kerjasama pertamanya dengan anak seni dari Filipina.

 

Pihak pengurusan Universal Music juga telah merangka dan menyusun projek istimewa Fazura di luar bidang nyanyian seiring dengan kepercayaan yang diberikan untuk memperkembangkan karier seninya. 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.