Elfee Hefny Kembali Dengan 'JIWA ELFEE'

February 9, 2017

 

Semalam, (080217) berlansung majlis pra-dengar album terbaru Elfee Hefny , berjudul 'Jiwa Elfee'  di KL Tower , Kuala Lumpur

 

Elfee Hefny  atau nama sebenarnya Mohd. Hefni Bin Mohamed, sebelum ini pernah hadir bersama single pertamanya 'Fahami Cinta' pada tahun 2008 diikuti single kedua dan ketiga berjudul 'Kesedihan Ini' serta 'Gitarku Pianomu. Menurut Elfee, single pertamanya, 'Fahami Cinta' telah diberi nafas segar oleh Aesar dan diberi judul baru, 'Ketulusan Cinta'

 

'Jiwa Elfee' memuatkan 4 buah lagu, iaitu single ' Gitarku Pianomu', 'Kesedihan Ini', Ketulusan Cinta' dan 1 lagu baru berjudul 'Nadi Cinta' yang mana turut disertakan dalam bentuk minus one. Lagu 'Nadi Cinta' mendapat sentuhan oleh Fedtri Yahya serta gubahan oleh Nur Fatima.

 

Menurut Elfee lagi ketika diajukan soalan mengapa mengambil masa yang begitu lama untuk keluar dengan album, menjawab beliau berehat seketika bagi menumpukan kepada kariernya dalam bidang perhotelan, dan pada masa yang sama mencari material yang terbaik bagi penghasilan album ini

 

 

Dalam majlis tersebut, Elfee memperdengarkan lagu baru beliau 'Nadi Cinta' termasuk  kedua dua single terdahulu, Ketulusan Cinta , 'Gitarku Pianomu' kepada jemputan serta pihak media. -MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.