Ku Rela Dibenci Dalam Versi Pop Yeh Yeh!

February 10, 2017

 

Lagu 'Kurela Dibenci' dianggap sebagai lagu ‘hit’ yang mengangkat nama penyanyinya, Aiman Tino. Dalam waktu yang singkat lagu itu menjadi siulan anak remaja apatah lagi selepas berjaya menempatkan diri dalam final Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) akhir bulan lalu.

 

Sesungguhnya, tiada yang mampu menafikan bahawa rezeki Aiman Tino memang bermula daripada lagu yang mengisahkan ‘cinta tidak kesampaian’ itu. Bagaimana pun, rezeki Aiman semakin melimpah apabila dia dipilih menjadi salah seorang penyanyi muda yang akan muncul dalam Konsert Gegar Pop Yeh Yeh pada 3 – 5 Mac ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

 

“Sebagai artis baru, peluang keemasan ini tidak akan saya lepaskan begitu saja apatah lagi ia adalah peluang yang tidak selalu datag kepada setiap penyanyi baru.

 

“Apabila ditawarkan, saya terus menyatakan persetujuan kerana inilah masanya saya dapat menimba pengalaman beraksi di pentas Istana Budaya bersama penyanyi yang sudah terkenal,” katanya.

 

Namun, sebagai orang baru dan masih mentah terutamanya di pentas yang berprestij, Aiman mengakui gementar berkongsi pentas dengan artis lama dalam konsert itu nanti.

 

“Bagaimana pun, saya melihat peluang ini sebagai satu cabaran kerana bukan mudah menyanyikan lagu pop yeh yeh yang masih asing buat saya.

 

“Bagi tujuan itu, saya akan lebih banyak berlatih dan mempelajari teknik penyampaian genre tersebut di samping menari untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya.

 

Aiman, 19, tahun berkata, dia bersedia menonjolkan sisi lainnya apabila akan menari selepas dibayangi dengan lagu-lagu popularnya yang mendayu-dayu seperti Ku Rela Di Benci dan terbaharu, 'Permata Cinta'.

 

Bertambah menarik di dalam konsert anjuran bersama Istana Budaya, Persatuan Generasi Seni Malaysia (GenSem) dan CTRA Production itu, lagunya, 'Kurela Dibenci' akan diberikan nafas Pop Yeh Yeh.

 

 

“Saya sangat terkejut dan dalam masa yang sama berbangga kerana lagu tersebut akan diubah susunan muziknya menjadi irama pop yeh yeh bagi disesuaikan dengan suasana konsert.

 

“Ini adalah satu penghormatan besar kepada saya dan generasi muda apabila lagu ini menjadi pilihan untuk diberikan nafas baru,” katanya yang sabar bekerja dengan Pengarah Muzik, Shamzin dari Istana Budaya.

           

Di dalam konsert berdurasi dua jam itu, Aiman turut akan mendendangkan lagu 'Peracun Kalbu', 'Dendang Remaja', 'Kenangan Mengusik Jiwa' dan 'Suzanna'.

           

Aiman menggantungkan harapan yang tinggi supaya penampilan khasnya di dalam konsert tersebut mendapat sambutan terutamanya di kalangan generasi muda agar lebih mengenali irama tersebut.

           

“Kehadiran saya di dalam konsert tersbut bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi mewakili generasi muda supaya lebih mengenali dan menghargai warisan bangsa kita sendiri.

           

“Semoga apa yang dilakukan ini dapat mengembalikan semula kegemilangan dan kenangan indah zaman ibu bapa atau nenek dan datuk kita,” tambahnya.

           

Konsert yang terbahagi kepada segmen solo, tribute dan battle itu turut menampilkan  penyanyi terkenal era 60-an iaitu Datuk A. Rahman Hassan, Datuk L. Ramli, Datuk Jefrydeen, J. Sham, Maria Bachok selain A. Rozainie.

           

Konsert yang diarahkan oleh Mohd Ferdaus Hassan akan diiringi oleh kumpulan muzik Agogo Istamuzika daripada Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Istana Budaya.

             

Tiket dijual dengan harga RM56, RM86, RM116, RM156 dan RM186. Untuk tempahan tiket boleh layari laman web www.airasiaredtix.com atau terus ke laman Facebook: ctraproduction atau hubungi 03-40265558/03-61866592/017-2004249/012-2977220.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.