J Revolusi Cetus Fenomena Filem Aksi 2017

February 16, 2017

Semalam MYBUZZ turut diundang ke Majlis Tayangan Perdana Filem J Revolusi terbitan Infinitus Productions dan Grand Brilliance yang penuh dengan aksi dan bakal menjadi fenomena filem wajib tonton 2017 di layar perak.

 

Lakonan mantap daripada barisan pelakon utama iaitu Zul Ariffin, Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil akan memberikan impak yang besar kepada J Revolusi. 

 

 

J Revolusi mengisahkan  tentang Jay Zulkarnain (Zul Ariffin) yang merupakan seorang ketua serangan bagi Unit TIndakan Khas (UTK) di Malaysia. Oleh kerana Jay dan pasukan operasinya memiliki kehebatan serangan maut yang luar biasa, mereka menjadi mimpi ngeri bagi setia pengganas. Tetapi adik perempuan jay, Dian (Fazura), seorang ejen dalam penyamaran, ditangkap oleh pengganas misteri yang telah memerangkap Jay dengan tuduhan  membunuh ahli kumpulannya, Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan adiknya dan membongkar rahsia lelaki yang tidak mengalah untuk menghancurkan Jay.

 

Filem ini turut dibintangi oleh Azad Jazmin, Iedil Putra dan Omar Abdullah serta penampilan khas Dato' Hans Isaac dan Fatimah Abu Bakar dan para atlet Seni Bela Diri Campuran (MMA)  dari One Championship iaitu  Peter Davis, Saiful Merican, Jenathan dan Davron. Istimewa filem adalah menampilkan aksi-aksi mantap dari pasukan Unit Tindakkhas (UTK).

 

Orang Kuat bagi menjayakan filem ini iaitu :

 

Penerbit                        : Gayatri Su-lin Pillai (Infinitus Productions)

Penerbit Eksekutif       : Tengku lesta (Grand Brilliance)

Pengarah/Sutradara   : Zulkarnain Azhar

Lakon Layar & Skrip   : Alfie Palermo
Penyunting                  : Nazim Shah

Pengarah Fotografi    : Haris Hue Abdullah [Polis Evo]
Make Up Artist            : Ella Sandera

 

Sidang Media diadakan sejurus selepas tayangan perdana.

 

 

 

 

Adakah filem ini setaraf Mission Impossible? Jangan lupa saksikan aksi-aksi hebat mereka dalam J revolusi yang akan ditayangkan di seluruh negara pada 2 Mac 2017.

 

 

 

MYBuzz mengucapkan Selamat Maju Maju dan Sekalung Tahniah kepada semua pelakon  dan juga krew produksi di atas pembikinan filem yang sangat bermutu ini!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.