Pasangan KIMCY Terima Kelahiran Bayi Perempuan

February 18, 2017

 Foto: Instagram | @akimahmad

 

Pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy Anam dikhabarkan telah selamat menerima kelahiran cahaya mata sulung mereka semalam.

 

Akim menzahirkan rasa syukur serta berkongsi berita gembira ini menerusi entri terbarunya di laman Instagram miliknya.

 

 Foto: Instagram | @akimahmad

 

"17.02.17 jam 17:17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur, semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua," tulis Akim.

 

Dalam entri terbaru, Akim berterima kasih kepada semua peminat serta follower beliau atas doa , ucapan dan harapan yang diberikan kepada beliau dan isteri.

 

Foto: Instagram | @akimahmad

 

 

"As salam mualaikum, terima kasih untuk ucapan anda semua untuk isteri dan puteri kami, tak terbalas doa dan harapan anda, hanya doa mampu saya panjatkan, semoga anda semua dikurniakan kesihatan serta diberikan kurniaan rezeki yang melimpah. Terima kasih semua", tulisnya lagi

 

 

Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 26, sah menjadi suami kepada Ummu Syaikhah @ Stacy Anam, 27, di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari tahun lalu.

 

Stacy dan Akim mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 5 tahun. -MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.