Terbang ke Honolulu Serendah RM499*, Air Asia X Tinjau Laluan ke Los Angeles

February 21, 2017

 

AirAsia X terus di hadapan dengan pelancaran laluan ke Hawaii pada 10 Februari lalu, perkhidmatan sulung syarikat penerbangan itu ke Amerika Syarikat.

 

Peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh tersebut akan memulakan operasi empat kali seminggu dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun bermula pada 28 Jun 2017.

 

Bagi meraikan pelancaran destinasi terbaru tersebut, AirAsia X akan menawarkan tambang serendah RM499* dari 11 Februari hingga 26 Februari 2017 bagi perjalanan dari 28 Jun 2017 hingga 6 Februari 2018. Tempat duduk Premium Flatbed yang memenangi pelbagai anugerah juga turut ditawarkan bermula dari serendah RM2,999* bagi sepanjang tempoh promosi tersebut bagi tetamu yang inginkan perjalanan yang lebih selesa.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun, ini adalah suatu perubahan destinasi yang dinantikan. Dengan menghubungkan rantau Asean dan Asia Utara ke Amerika Syarikat dengan tawaran tambang rendah terbaik dunia, Air Asia X kini mampu merealisasikan impian mereka yang sebelum ini ingin melancong merentas Pasifik.

 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan dan juga pihak kerajaan atas sokongan mereka. Keyakinan mereka telah membolehkan kami melancarkan destinasi terbaru yang unik ini hari ini. Kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan kami dapat menghubungkan lebih ramai tetamu menerusi laluan antara benua ini.’’ katanya

 

Sementara itu kenyataan Datuk Kamaruddin Meranun kepada The Forbes memaklumkan bahawa Airasia sedang meninjau untuk memasuki kembali pasaran Eropah. Air Asia X pernah terbang dari Kuala Lumpur ke London diantara tahun 2009 sehigga 2012 sebelum laluan berkenaan digantung kerana peningkatan kos bahan api pada ketika itu. 

 

Ketika diajukan soalan destinasi apa selepas Honolulu, beliau memaklumkan, Los Angeles! Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada sambutan orang ramai terhadap laluan terbarunya, Honolulu. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad Benyamin Ismail, Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif bersama Kansai Airports Emmanuel Menanteau, Naib Presiden Pelancongan Hawaii di Jepun Mitsue Varley dan penyandang Miss Hawaii, Allison Chu.

 

Penumpang ke Honolulu yang akan transit di Osaka tidak memerlukan visa bagi memasuki Jepun untuk sepanjang dua jam persinggahan dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing di dalam pesawat setelah pihak sekuriti menjalankan pemeriksaan bagasi atau barangan.

 

Penumpang juga boleh menggunakan servis AirAsia Fly-Thru untuk berhubung dengan mudah ke Honolulu dari bandar lain dalam rangkaian penerbangan luas AirAsia dan AiraAsia X dengan hanya satu hentian tambahan.

 

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Honolulu, Hawaii (HNL) melalui Osaka, Jepun (KIX)

 

        No. Penerbangan          Dari          Ke         Perlepasan         Ketibaan            Jadual Penerbangan
                D7 001                       KUL          KIX            1400 hrs            2125 hrs        Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu
                D7 001                       KIX           HNL           2325 hrs            1230 hrs       Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu
                D7 002                       HNL         KIX             1600 hrs            2025 hrs       Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu
                D7 002                       KIX           KUL            2200 hrs            0400 hrs     Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad

 

*Tambang termasuk semua cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Negara Jepun.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.