Amira Penyeri Konsert Gegar Pop Yeh Yeh

February 22, 2017

 

AMIRA Othman bukan nama besar dalam industri nyanyian tanah air, namun kehadirannya dengan single 'Hati Hati' memberi impak yang besar apabila lagu tersebut menjadi siulan anak muda.


Nampaknya, rezeki dan bakat bekas finalis Akademi fantasi 2013 ini diberikan ruang lebih besar apabila akan muncul bersama lagenda Pop Yeh Yeh di Panggung Sari Istana Budaya dalam Konsert Gegar Pop Yeh Yeh pada 3-5 Mac ini.
     
“Apabila ditawarkan oleh penerbit konsert tersebut, saya terus menyatakan persetujuan kerana inilah masanya saya dapat menimba pengalaman beraksi di pentas Istana Budaya yang selama ini menjadi idaman saya.


“Saya juga amat meminati lagu-lagu lama terutamanya pop yeh yeh kerana ia memberikan inspirasi serta semangat untuk terus berada di dalam industri ini,” katanya yang akan cuba menari berama Artis Tari Istana Budaya.

 

Bertambah menarik di dalam konsert anjuran bersama Istana Budaya, Persatuan Generasi Seni Malaysia (GenSem) dan CTRA Production itu, Amira akan berduet/ battle dengan Datuk A. Rahman Hassan melalui lagu Bahagia Hendaknya.

 

 “Ini adalah satu penghormatan besar kepada saya kerana Datuk A.Rahman berasal dari negeri yang sama dengan saya iaitu Johor.


 "Pengalaman tersebut akan menjadi antara sejarah penting dalam karier saya sebagai penyanypi apatah lagu yang akan didendangkan itu adalah milik isteri beliau yang telah kembali ke ramatullah,” katanya yang tidak sabar bekerja dengan Pengarah Muzik, Shamsul Zin,


 Di dalam konsert berdurasi dua jam itu, Amira, 23, turut akan mendendangkan lagu I Follow Him yang dipopularkan oleh Peggy Marc di samping lagu allahyarham Azizah Mohamad,  Syurga Idaman serta Suzanna.

 

BACA JUGA : KU RELA DIBENCI DALAM VERSI POP YEH YEH! 

 
Konsert yang terbahagi kepada segmen solo, tribute dan battle itu turut menampilkan  penyanyi terkenal era 60-an iaitu Datuk A. Rahman Hassan, Datuk L. Ramli, Datuk Jefrydeen, J. Sham, Maria Bachok selain A. Rozainie dan Aiman Tino.


Konsert yang diarahkan oleh Mohd Ferdaus Hassan akan diiringi oleh kumpulan muzik Agogo Istamuzika daripada Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Istana Budaya.


Tiket dijual dengan harga RM56, RM86, RM116, RM156 dan RM186. Untuk tempahan tiket boleh layari laman web www.airasiaredtix.com atau terus ke laman Facebook: ctraproduction atau hubungi 03-40265558/03-61866592/017-2004249/012-2977220. -MYBuzz
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.