Brian McKnight Bakal Kembali Ke Malaysia April 2017

March 2, 2017

Selepas persembahan terakhir beliau di Malaysia pada 2014, penyanyi Brian McKnight dijadualkan akan kembali ke Malaysia untuk showcase terbarunya, 'AN EVENING WITH BRIAN MCKNIGHT'  yang dibawakan oleh LADS ENTERTAINMENT

 

Ikon music R&B yang juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Grammy serta popular dengan lagu 'Back at One' itu, sekali lagi membuat persembahan yang bakal diadakan di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 9 April 2017.

 

 

Selain dari mempunyai ton falsetto yang tinggi , Brian juga merupakan seorang penyanyi yang mampu untuk bermain pelbagai jenis instrumen musik termasuk gitar, piano, gitar bass, percussion, tuba, trombone, trumpet serta flugelhorn . Belaiu juga merupakan antara penyanyi genre pop yang mampu menyampaikan teknik nyanyian ' leggiero' di dalam nyanyiannya.

 

Selain popular dengan lagu-lagu seperti "Back At One", "Still","Anytime", dan "One Last Cry", Brian juga turut pernah berkoloborasi dengan penghibur serta penyanyi pelbagai genre termasuk Quincy Jones, Christina Aguilera, Justin Timberlake, Mariah Carey, Diddy, Nelly, Vanessa Williams, Willie Nelson, Rascal Flatts, and Kenny G

 

Sementara itu penyanyi tempatan Elvira Arul, telah dipilih untuk persembahan pembukaan showcase beliau pada April nanti. Alvira Arul sebelum ini pernah bekerja bersama beberapa penyanyi tempatan dan antarabangsa seperti Misha Omar, Datuk Shila Majid, Reshmonu, Jacklyn Victor, Kenny B, Phil Perry serta Rachel White.

 

Brian dijadualkan untuk membuat persembahan bersama David Foster di Yogjakarta, selepas persembahannya di Kuala Lumpur nanti.

 

Tiket tiket bagi persembahan ini akan mula dijual mulai 01.03.2017 dengan harga bermula dari RM288, RM488, RM 688, dan RM1,888. Tiket tiket boleh dibeli melalui atas talian di www.ticketpro.com.my |MYBuzz

.

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.