Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

March 1, 2017

 

Seniman lagenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, Hulu Klang semalam, menurut anaknya Putera Hang Nadim.

 

Allahyarham dikatakan mengalami sesak nafas selepas tercekik kuih dikediamannya semalam petang. Allahyarham disahkan meninggal dunia sejurus tiba diklinik, kira-kira jam 5.45 petang

 

Pelakon dan pengarah filem yang pernah bersama-sama seniman lagenda seperti P Ramlee itu berusia 81 tahun.

 

Allahyarham terkenal sebagai pelakon sejak 1950-an, dan filemnya seperti Bukit Kepong, di samping beberapa filem yang bermula dengan perkataan “Esok”, memperlihatkan bakat serba bolehnya sebagai pengarah dan pelakon.

 

Anak Taiping, Perak ini mempunyai lebih 46 filem sebagai pelakon dan 9 filem sebagai pengarah sejak 1951 hingga 2015.

 

Allahyarham mempunyai 3 orang anak, Mohamad Jefri hasil perkahwinan dengan seniwati Rahmah Rahmat, dan Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim hasil perkahwinan dengan Puan Sri Halijah Abdullah.

 

INFO: 

  • Tan Sri Jins Shamsuddin dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935 

  • Berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita. 

  • Filem arahannya, Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada. 

  • Melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama. 

  • Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal bermula 13 Oktober 2004 hingga 11 Februari 2011 

  • Perkahwinannya yang pertama bersama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Jefri yang kini menetap di Singapura. namun mereka bercerai pada 1963.

  • Sedekad selepas itu, Jins berkahwin kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim Pada 2011, Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap.

 

ANUGERAH & PENCAPAIAN:

  • Anugerah Seniman Negara pada tahun 2009. 

  • Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-18 pada tahun 2004 di Arena of Stars, Genting Highlands. 

  • Pesta Filem Asia ke-26 di Bali, Indonesia (1980): filem "Esok Masih Ada" lakonan dan arahannya telah memenangi Anugerah Mitra bagi Tema Terbaik yang menganjurkan perpaduan kaum. 

  • Tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga untuk filem peperangan, "Bukit Kepong" (1981), sebuah filem tulisan, lakonan dan arahannya; 

  • "Silver Crane Award" dalam Pesta Filem Asia Pasifik (1987); 

  • Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri "Pesta Filem Asia Pasifik"; 

  • Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem yang berjudul "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002. Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu; 

  • Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990); 

  • Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1990); Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia (1999). 

  • Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007). 

 

 

FILEM ARAHAN TAN SRI JINS SHAMSUDDIN:

 

  • Pada 1969, filem pertama arahannya "Bukan Salah Ibu Mengandong" telah menjulang namanya sebagai penulis lakonlayar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka.  

 

Melangkah ke akhir '70-an hingga awal '90-an :

 

  • 1970: Di Belakang Tabir 

  • 1977: Menanti Hari Esok 

  • 1979: Esok Masih Ada 

  • 1979: Tiada Esok Bagimu 

  • 1981: Bukit Kepong 

  • 1982: Esok Untuk Siapa (Pendigitalan semula) 

  • 1985: Ali Setan 

  • 1993: Balada.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.