Gabungan Artis 60an Dan Baru Perjuang Irama Pop Yeh Yeh



Bermula Jumaat hingga Ahad yang lalu telah berlansung acara Konsert Gegar Pop Yeh Yeh 2017 di Istana Budaya yang melibatkan ramai artis terkenal 60an tanah air seperti Dato' A. Rahman Hassan, J. Sham, Maria Bachok, A.Rozainie, Dato' L. Ramli serta Dato' Jeffrydin. Konsert malam itu turut menampilkan Aiman Tino serta Amira Othman.


Konsert pada malam itu mengimbau kembali kegemilangan era lagu Pop Yeh Yeh yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu bukan sahaja dari segi muziknya tetapi juga tarian, fesyen, gaya hidup serta suasana dan elemen 60an itu sendiri.


Dengan tagline "Membawa memori sebagai inspirasi", Konsert pada malam tersebut diacarakan oleh Ebby Yus, dibahagikan kepada 3 segmen iaitu segmen 'solo', 'tribute' serta 'duet/battle'. Segmen pertama dimulakan dengan persembahan oleh 7 artis yang menampilkan lagu hits masing masing. Penyanyi J. Sham mempersembahkan

Ebby Yus selaku pengacara pada konsert Gegar PPY 2017

lagu 'Mencari Sinar Bahagia' serta lagu popularnya 'Suratku Untukmu'. Penonton malam itu begitu teruja menonton persembahan lincah oleh Dato' L. Ramli. Siapa sangka beliau masih mampu menari lincah persis penyanyi R&B popular America, James Brown.

Aksi lincah dan bertenaga Dato' L Ramli

Aiman Tino turut mempersembahkan 2 buah lagu; 'Peracun Kalbu' yang pernah dipopularkan oleh A. Rahman Onn serta lagu 'Dendang Remaja' yang dipopularkan oleh A. Romzi and The Hook suatu ketika dahulu.


Sementara itu bagi segmen Tribute, kesemua penyanyi menyangikan seleksi lagu lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi yang telah pergi. Dalam segmen ini, Dato' A. Rahman Hassan menyanyikan lagu 'Yesteday' oleh The Beatles. Manakala, Dato Jeffrydin menyampaikan lagu 'Am I That To Forget' nyanyian asal oleh Engelber Humperdinck). Penyanyi muda, Amira Othman turut tidak ketinggalan meraikan segmen berkenaan dengan menyampaikan lagu 'I Will Follow You' , nyanyian asal oleh Peggy March serta 'Syurga Idaman' nyanyian asal Allahyarhamah Datin Aazizah Mohammad.

Duet Amira Othman bersama Dato' A.Rahman Hassan


Konsert malam tersebut diakhiri dengan segmen Battle/Duet dengan penyanyi Maria Bachok bergandingan bersama A. Rozaini mempersembahkan lagu duet popularnya bersama Allahyarham A.Ramli berjudul 'Jasad dan Nyawa Kalangan Budi' dan lagu 'Itulah Sayang' Pentas kembali panas apabila Aiman Tino mempersembahkan laui 'Peristiwaku' nyanyian bersama Dato' Jeffrydin serta lagu hit beliau 'Ku Rela Dibenci' yang diberi sususan semula dalam irama Pop Yeh Yeh. -MYBuzz

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.