Aiman Tino Kini Bergelar Usahawan Sweet Aiman

March 9, 2017

Penyanyi viral popular dengan lagu Ku Rela DiBenci Aiman Tino, 18 tahun kini mula melibatkan diri dalam dunia keusahawanan.

 

 

Impak lagu Ku Rela Dibenci melonjakkan nama Aiman sebaris penyanyi popular yang lain dan terus mendapat perhatian ramai apabila dia turut terpilih beraksi di pentas akhir Juara Lagu tahun 2016 sedikit masa lalu. Fenomena ini mencetuskan ilham kerjasama antara Aiman dan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd (“Wonder Glow).

 

 

Sebelum ini, Aiman juga pernah menjual pelbagai jenis barang cenderamata kepada peminatnya ketika mengadakan persembahan di seluruh Malaysia. Menyedari akan perkara itu maka timbul lah idea untuk Aiman mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan beliau sendiri yang diberi nama ”Sweet Aiman”.

 

Dengan kerjasama bersama Wonder Glow, kini Aiman mampu merialisasikan cita- citanya itu. Aiman berasa amat berpuashati dengan tiga produk yang kini sudah berada di pasaran.

 

Antaranya ialah :-

 

1) 3D Cream DD mineral Cushion;

2) Candy Cherry Brite ; dan

3) Cherry Brite HD.

 

Video sekitar majlis pelancaran produk Sweet Aiman di Restoran Rebung Dato' Chef Ismail, Kuala Lumpur semalam.

 

 

 

 

Bagi Aiman ini satu kepuasan pada dirinya apabila produk ini sudah mendapat perhatian di pasaran apatah lagi ia dihasilkan khas buat peminat-peminat perempuannya. 

 

Wonder Glow amat berbesar hati  dapat berkerjasama dengan Aiman iaitu seorang artis muda yang berwawasan dan berbakat. Setelah hampir enam (6) tahun bertapak dalam industri kosmetik , Wonder Glow yakin dan percaya bahawa produk-produk ini akan mendapat tempat di kalangan peminat-peminat Aiman.

 

Pihak Wonder Glow juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Mydin Malaysia atas tajaan lokasi promosi untuk bertemu peminat seperti berikut:

 

1. Mydin Senawang, Negeri Sembilan -23 Mac 2017, 5 petang

 

2. Mydin City One, Sarawak - 8 April 2017, 3.30 petang

 

3. Mydin Samariang, Sarawak -29 April 2017, 3.30 petang

 

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Sweet Aiman, sila hubungi +6010-7094042. Produk-produk Aiman juga boleh didapati di kiosk-kiosk Wonder Glow seperti berikut:

 

Lot 2-2-21 Busana Menara

Jalan Tuanku Abdul Rahman

50100 Kuala Lumpur.

 

Lot KF5, Level 1, AEON Mall Shah Alam

No 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13

40100 Shah Alam

 

F45 Tingkat 1 & Tingkat 2

Kluang Parade

Jalan Sentul, 86000 Kluang

Johor Darul Takzim

 

Lot F38, level 1, AEON Kota Bharu

Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu

Kelantan Darul Naim.

 

kepada yang berminat boleh juga lawati :

Instagram : sweetaiman360

Portal : www.sweetaiman360.com

 

 

MYBUZZ ucapkan selamat maju jaya kepada Aiman Tino dengan pelancaran produk Sweet Aiman. Tahniah!!!

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.