Meraki Atelier Mewarnai Industri Fesyen Malaysia

Kelihatan Cantik, Selesa dan Berkeyakinan merupakan konsep Meraki Atelier bagi memeriahkan industri fesyen di Malaysia.

Minggu lalu, pelancaran butik Meraki Atelier memberikan citarasa kepada pengemar-pengemar fesyen dalam memilih busana yang sepadan untuk digayakan. Semasa majlis pelancaran tersebut, Lebaran Luxe Collections & RTW 2017 menjadi koleksi terulung Meraki Atelier.


Pengasas

Dengan keazaman yang tinggi, 3 orang adik beradik (dari kiri Datin Norliza Razali, Norazni Razali & Norazlin Razali) yang anggun ini sentiasa mencari kelainan serta keunikan dalam mengeluarkan fesyen-fesyen terkini dalam setiap rekaan mereka.


Dengan kehadiran selebriti popular seperti Marsha Milan, Elfira Roy, Suffian Suhaimi, para jemputan VIP dan rakan media memeriahkan lagi pertunjukan fesyen itu.



Sebanyak 20 koleksi tersedia bakal menjadi pilihan pelanggan-pelanggan.


''Konsep rekaan kami adalah berstruktur dan pleated, Penggunaan kain organza dan premium crepe menjadi tema Meraki'' UJar Norazni.


''Kami merancang dalam tempoh terdekat Meraki akan dipasarkan ke Indonesia dan Brunei bersama-sama dengan rakan kongsi'' Kata Datin Norliza.



''Kami cuba untuk memastikan setiap pemintaan pelanggan akan dipenuhi'', Ujar Norazlin.


Meraki juga menggalakkan kepada sesiapa yang berminat sebagai Stokis atau pelanggan yang ingin datang membelinya bolehla terus mengunjung mereka di alamat berikut:


D-1-8, Sunway Nexis

No. 1 Jalan PJU 5/1

Kota Damansara


Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 7.00 petang