Kimchi Untuk Awak! Filem Pertama Arahan Michael Ang

March 14, 2017

Sabtu lalu, sidang media Filem Kimchi Untuk Awak! telah diadakan bagi mempromosikan filem tersebut. Ini merupakan filem arahan pertama Michael Ang di layar perak. 

 

Filem kerjasama Astro Shaw dan Darkwave Pictures akan ditayangkan diseluruh negara  pada 30 Mac 2017.

 

Filem ini adalah adaptasi dari novel Kimchi untuk Awak hasil penulisan novelis terkenal Suri Ryana. Pengambaran filem ini dibuat di Malaysia dan Seoul, Korea Selatan adalah sebuah negara yang sering dikaitkan dengan simbol cinta dan romantik.

 

Cubaan pertama Michael Ang di layar perak sebagai Pengarah adalah waktu yang terbaik kerana karya beliau menerusi pengarahannya semakin mendapat perhatian penonton dan setiap drama bersiri serta telemovie beliau juga sering menepati selera penonton dan sekaligus mencatat rating yang tertinggi.

 

Gandingan Aiman Hakim dan Emma Maembong sebelum ini selalu mendapat pujian dan berbekas di hati penonton. Malah ada penonton mengakui tidak puas melihat lakonan mereka berdua. Keserasian tersebut mempertemukan mereka kembali dalam filem Kimchi Untuk Awak! dan menjadi pendukung watak utama sebagai Danial Lee dan Bella. Selain itu, filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Sharifah Sakinah, Janna Nick, Dira Abu Zahar, Ungku Haris, Natasha Elyzza, Normah Damanhuri, Mandy Chong dan Annuar Chew.

 

 

Lagu tangkap leleh bertajuk 'Dia Untukku' dicipta khas dan didendangkan oleh Ippo Hafiz. Muzik video OST ini diarahkan oleh MIchael Ang sendiri serta turut menampilkan Aiman Hakim dan Emma Maembong. Lakonan mantap Aiman dan Emma serta disulami lagu OST ini dapat mengasyikkan penonton di pawagam nanti.

 

 

KImchi Untuk Awak! mengisahkan pertemuan Bella (Emma Maembong) dengan lelaki sombong berdarah campuran Melayu Korea, Danial Lee (Aiman Hakim) belaku secara tidak disengajakan di Lapangan Terbang Incheon dan telah menimbulkan rasa benci antara mereka berdua. Malah, insiden pertembungan itu terus bersambung apabila takdir sentiasa menemukan Bella & Danial Lee. Sepanjang perkenalan mereka, perasaan Bella yang awalnya benci perlahan-lahan bertukar menjadi cinta. Sementara itu, Danial tidak pasti ada adakah perasaannya pada Bella adalah tulus atau sekadar mengingatkan pada kekasih lamanya.

 

''..................Kami telah meletakkan kepercayaan kepada Michael Ang untuk memberi sentuhan pada filem ini'' Ujar Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar.

 

''.............Kami berharap filem ini akan mendapat sokongan penuh peminat dan penonton'' Ujarnya lagi.

 

''Kami berharap filem ini dapat membuka jalan untuk kami terus berjuang dan berkarya serta diberi peluang lagi untuk menerbitkan karya-karya yang menepati selera penonton sambil terus mencabar Darkwave Pictures menghasilkan filem yang lebih bermutu tinggi pada masa akan datang'', Kata Dato' Rafiena Ezanee Ramli, Penerbit Darkwave Pictures.

 

Jangan lupa filem Kimchi Untuk Awak! akan berada di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 nanti. Saksikan gelagat tidak kering gusi disulami saat romantis cinta mereka!!!!!! -MYBUZZ

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.