Hari Pengasas Ko Sasarkan Sumbangan RM50,000 Kepada Pesakit Kanser

March 21, 2017

Pengasas Pakar Kulit Ko, Dato' Dr. Ko Chung Beng sekali lagi pada tahun ini ingin memjayakan projek amal di mana menyasarkan kutipan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia sempena Hari Sambutan Pengasas KO.

 

Pakar Kulit yang berpengalaman lebih 19 tahun dalam industri kulit dan estetik ini sentiasa tidak lupa kepada insan-insan yang kurang bernasib baik. 

 

'Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan yang positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang". Ujar Dato' Dr. Ko.

 

"Tugas seorang doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan diri mereka" Tambah Dr. Ko lagi.

 

''Kami ingin memupuk semangat tanggungjawab sosial dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarat tempatan'' Ujarnya lagi.

 

Pada tahun lepas, Dr. Ko telah menyumbang sebanyak RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan orang kurang upaya. Kali ini, dengan setiap transaksi di Klinik Pakar beliau, RM1.00 akan disumbangkan kepada program amal tersebut. Para pelanggan juga sekaligus turut membantu kepada mereka yang memerlukan.

 

Hari Pengasas Ko pada tahun ini ditaja oleh Make A wish Creation - Sebuah syarikat Perancang Majlis dan LeMidi- sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Italy.

 

Sidang media tersebut diacara oleh Mrs Malaysia, Melissa Seow dan turut dihadiri oleh aktor kacak, Idris Khan dan artis cantik Dynas Mokhtar bagi memeriahkan serta mempromosikan program amal tersebut- MYBUZZ

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.