Ziana Zain Lancar Koleksi Terbaru Gee Shawl di Jameela Street SACC Mall

March 20, 2017

 

Pada 13.03.2017 sehingga 17.03.2017 telah berlansung karnival Promo Riang Ria Raya Jameela Street 2017 bersama penyanyi popular Ziana Zain di Atrium Aras G, SACC Mall. Karnival yang berlansung selama 5 hari itu telah mengumpulkan lebih daripada 23 pengusaha fesyen tempatan dan fesyen muslimah yang terdiri daripada vendor vendor Jameela Street.

 

Idea untuk mewujudkan Jameela Street ini dilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd,  Fakru Radzi Ab Ghani yang menggambarkan perlu ada  "hub fesyen" ditingkat 2 dan 3, SACC Mall  bagi mencipta kelainan serta meningkatkan imej pusat membeli belah berkenaan . Hasil koloborasi PKNS Real Estate Sdn Bhd bersama Jedan Collection akhirnya menzahirkan idea tersebut dan kekal hingga hari ini.

Fakru Radzi (kiri) bersama Jedan di Jameela Street, SACC Mall Shah Alam (Sumber Foto: The Star Online)

 

Antara vendor vendor yang terlibat dalam Jameela Street adalah Kamoora, Ziana Zain’s World, Chanting Creation, Jemari Aida, Tina K, Iddyqa, Ziyy Zeeta, Farabelle, Rekka, Casa De Estilista, House of Zaza, Wafa’s Closet, Maryam Signature, Jannah, Bellanorman Adreanarose, Anis Al Idrus, Hijrah Couture, Balqees dan Tinta Batik.

 

Sementara itu, Jedan ketika ditemubual pada hari akhir karnival berlansung memaklumkan , objektif karnival ini adalah untuk mempromosikan SACC Mall dan dalam pada masa yang sama memperkenalkan kesemua vendor Jameela Street serta menaikkan jenama fesyen tempatan ke aras yang lebih tinggi. Penganjuran karnival itu juga bagi mempromosikan Jedan Collection dan Jameela Street yang bakal beroperasi di 2 lokasi baru iaitu di The Strand Mall, Kota Damansara dan di The Curve , Damansara Utama.

 

Pada hari terakhir karnival berkenaan, Ziana Zain turut turun padang selama 3 jam bagi beramah mesra dengan pengunjung serta mempromosikan koleksi terbaru jenama tudungnya, GEE Shawl by Ziana Zain. Koleksi NOVA SATIN yang dilancar bersempena Hari Raya itu dijual pada harga RM99. Disamping promosi hari raya, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan telah dijalankan antaranya cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung bertuah. |MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.