Johan Nawawi Meninggal Dunia

March 24, 2017

Komposer terkenal, Johan Nawawi meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi tadi, Jumaat, 24 Mac 2017, dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham meninggal dunia pada usia 52 tahun.

 

Berita tersebut disahkan oleh isterinya, Nora Ariffin dalam satu kiriman ringkas mesej suara. Allahyarham juga dikatakan sebelum ini ada mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung , gout serta diabetis.

 

Jenazah Allahyarham telah dimandi serta dikafankan di Masjid Kampung Tunku. Sementara itu, solat jenazah telah diadakan sejurus selepas solat Jumaat tengahari tadi. Jenazah kemudiannya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Sumber Foto : Facebook

 

Allahyarham semasa hayatnya merupakan seorang penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Antara lagu popular ciptaannya berjudul Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera nyanyian Nora. Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik sejak tahun 1986.

 

Allahyarham juga turut menghasilkan lagu lagu  berkonsepkan ketuhanan. Antara karyanya yang berunsur Islam ialah 'Erti Al-Fatihah', nyanyian puterinya.Lagu ini hasil adaptasi daripada surah al-Quran iaitu Al-Fatihah.

 

Antara penyanyi yang diminatinya ialah Ebiet G. Ade dan M. Nasir yang turut menyelitkan mesej-mesej ketuhanan. Beliau juga rapat dengan aktivis nasyid Farihin Abdul Fatah yang bekerja dengan Raihan pada penghujung tahun 1990-an. Baginya lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan. |MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.