EKSPRESI CINTA AIMAN HAKIM & EMMA MAEMBONG DALAM "KIMCHI UNTUK AWAK!"

March 28, 2017

 

Orang tua-tua selalu berpesan, 'Jangan benci sangat, nanti daripada benci jadi suka'. Begitulah  kisah hubungan Danial Lee dan Bella dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw bersama Darkwave Pictures, KIMCHI UNTUK AWAK!. Filem romantik yang mengambil latar belakang Seoul, Korea dan Malaysia ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 30.03.2017.

 

Filem ini merupakan filem pertama arahan Michael Ang dilayar perak. Lebih istimewa, filem ini menggandingkan pasangan pelakon Aiman Hakim serta Emma Maembong di dalam filem. Jalan ceritanya yang diadaptasikan dari novel karya novalis Suri Ryana turut dijayakan oleh gandingan pelakon pelakon popular seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Dira Abu Zahar, Ungku Haris, Normah Damanhuri, Natasha Elyzza, Mandy Chong dan Annuar Chew.

 

Menurut Michael Ang, beliau begitu teruja kerana dipilih untuk mengarah filem ini. 

 

"Setelah meneliti beberapa naskah, saya dapati naskah KUA amat sesuai untuk saya angkat ke layar perak.

 

Dengan trend semasa dimana penonton sekarang gemarkan drama dan filem Korea, saya rasa saya telah mengarah filem ini dengan baik serta setanding dengan filem filem dari Korea" katanya.

 

BACA JUGA: KUA! Filem Pertama Arahan Michael Ang

 

Sementara itu, penerbit Darkwave PIctures, Dato' Rafiena Ezanee pula berkata filem KUA menampilkan Aiman Hakim dan Emma Maembong selaku teraju utama.

 

"Pemilihan mereka adalah kerana kepercayaan kami terhadap bakat mereka serta gandingan ini mampu menarik perhatian penonton untuk ke pawagam. 

 

Apatah lagi, keserasian mereka yang telah terbukti di dalam beberapa drama popular masih menjadi sebutan walaupun drama berkenaan telah lama berlalu siarannya. Saya amat yakin dengan KUA kerana intipatinya sangat dekat dengan dengan hati dan jiwa kita.

 

Elemen percintaan seperti kasih sayang, cinta dan rindu adalah perkara yang sentiasa dalam diri kita" katanya lagi.

Sekitar malam gala Kimchi Untuk Awak! di GSC Pavillion KL, minggu lalu
 

SINOPSIS:

 

"Pertemuan Bella (Emma Maembong) dengan seorang pemuda yang sombong berdarah campuran Melayu-Korea, Danial Lee (Aiman Hakim) berlaku secara tidak sengaja di Lapangan Terbang Incheon, telah menimbulkan rasa benci diantara mereka.

 

Malah insiden pertembungan tersebut telah berlarutan apabila takdir senentiasa mempertemukan mereka Bella dan Danial Lee. Sepanjang perkenalan mereka, perasaan Bella yang pada mulanya benci perlahan-lahan bertukar menjadi cinta.

 

Sementara itu, Danial Lee tidak pasti adakah perasaannya pada Bella adalah ikhlas atau Bella sekadar mengingatkannya kepada kekasih lamanya".

 

 Sumber Youtube :Trailer Kimchi Untuk Awak!

 

TRIVIA KIMCHI UNTUK AWAK!:

 

  • Filem pertama arahan Michael Ang

  • Filem pertama Aiman Hakim

  • Babak 'sensasi'  Aiman Hakim bertuala tanpa baju tonjol bentuk badan kekar raih perhatian ramai pada malam gala filem berkenaan...OOopps!

  • Kimchi Untuk Awak! merupakan gandingan ketiga Aiman Hakim & Emma Maembong selepas drama Isteri Separuh Masa dan Projek Memikat Suami

  • Menjalani penggambaran di Seoul, Korea (60%), dan selebihnya di Pulau Pinang & Lembah Klang

  • Janna Nick mengenakan rambut rambut palsu khas sepanjang penggambaran KUA!

  • Proses penggambaran KUA mengambil masa 22 hari dari penghujung Mac 2016 sehingga April 2016

  • Malaysia Airlines menjadi penaja penerbangan seluruh produksi serta barisan pelakon ke Seoul, Korea

  • RedBox menyediakan platform bagi mempromosikan OST serta filem KUA!

  • OST 'Dia Untukku' dinyanyikan oleh Ippo Hafiz

  • Lokasi penggambaran program realiti 'Running Man' antara lokasi pilihan penggambaran filem KUA!

  • Beberapa lokasi penggambaran drama popular Korea 'Winter Sonata' antaranya di Myeong-dong, Bukchon Hanok Village serta Pulau Nami dipilih sebagai lokasi filem KUA!

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.