Accent Alma Lasers Raikan 10 Tahun Kejayaan dengan Kempen Baharu

April 3, 2017

Accent Prime, salah satu daripada jenama Alma Lasers yang paling berjaya dan telah diperakui untuk penegangan kulit, pengkonturan badan dan stesen kerja peningkatan estetika meraikan ulang tahun ke-10 dengan kempen yang baharu dilancarkan. Alma Lasers, penginovasi global penyelesaian laser, berasaskan cahaya, frekuensi radio dan ultrabunyi untuk pasaran estetika dan pembedahan telah mengeluarkan platform generasi pertama berjenama Accent pada tahun 2007, dengan kelulusan FDA, dan mempertingkatkan teknologi platform ini sepanjang dekad yang lalu sehingga keluaran terbaharu rangkaian produk pengkonturan tubuh Alma Lasers: Accent Prime.

 

Platform terkini menggabungkan inovasi termaju dalam ultrabunyi dan teknologi frekuensi radio Unipolar ™ bagi menghasilkan rawatan yang boleh disesuaikan dengan pelanggan, pantas, berkesan dengan hasil yang berpanjangan.  Accent Prime, platform Accent generasi ke-empat dilancarkan dalam jangkamasa 10 tahun, boleh menggandakan kepantasan pengkonturan badan dan rawatan penegangan kulit.

 

                                             Mesin Accent Prime

 

Kempen ulang tahun Accent ke-10 akan berlangsung sepanjang 2017 dan akan menarik penglibatan melalui peraduan di Facebook, video dan penyebaran isi kandungan digital, yang akan mempamerkan kejayaan jenama ini.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Accent Prime layari http://www.almaaccentprime.com

 

Sidang media telah diadakan pada 27 Mac lalu bagi memperkenalkan mesin terbaru ini. Ia turut dihadiri oleh barisan selebriti tanah air iaitu Jihan Muse, Maya Matahari, Dafi Ismail, Fazli Zainal dan ramai lagi.

 

 

 

"Kami amat teruja untuk meraikan warisan Accent dan kejayaan dekad yang bermakna dalam pembentukan jenama dan kemuncak teknologi dalam industri penegangan kulit dan pengkonturan badan. Keluaran terbaharu selama 10 tahun Perjalanan Accent -. Accent Prime- telah mengubah rentak industri dan menawarkan penyelesaian perintis untuk rawatan jenis kulit yang berbeza yang belum pernah berlaku dan tercapai sebelum ini, "kata Ketua Pegawai Eksekutif Alma, Dr. Ziv Karni.

 

Alma Laser adalah penginovasi laser global, berasaskan cahaya, frekuensi radio dan penyelesaian ultrabunyi untuk pasaran estetika dan pembedahan. Kami membolehkan pengamal menawarkan prosedur yang selamat dan berkesan, justeru membolehkan pesakit mendapat manfaat daripada teknologi dan rawatan tercanggih yang terbukti secara klinikal. Lawati kami di http://www.almalasers.com

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:


Danny Leong
HealMatrix Sdn Bhd
+6018 251 9008

Danny.healmatrix@gmail.com

 

 

 

MYBUZZ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.