GUARDIAN Malaysia Perkenal "Guardian Corporate Brand" Produk Berkualiti Tinggi Pada Harga Patut

April 4, 2017

FAKTA:

  • Produk-produk "Guardian Corporate Brand" menawarkan kualiti yang diyakini pada harga yang digemari pengguna

  • Produk-produknya telah diuji dan terbukti secara dermatologi serta mematuhi tiga (3) langkah jaminan kualiti Guardian

  • Jaminan pulangan semula wang turut ditawarkan ke atas lebih 500 produk GCB

  • Guardian Malaysia mempunyai lebih 420 cawangan cawangan di Malaysia

  • Memberi perkhidmatan jualan kepada lebih3 juta pelanggan setiap bulan

 

MB pasti korang semua sudah biasa membeli barangan 'toiletries' di Guardian. Sebut sahaja apa jenis item dan jenama pasti ada di jual di Guardian. Tapi yang sering menjadi masalah kepada pelanggan adalah berhubung dengan harga! Harga barangan yang berjenama pasti mahal.

 

Jesteru, Guardian yang merupakan gedung farmasi yang juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan di Malaysia, kini menawarkan kepada pengguna pilihan rangkaian produk yang berkualiti tinggi pada harga mampu milik yang digemari menerusi penambahbaikan produk produknya dibawah jenama "Guardian Corporate Brand".

 

Produk GCB menawarkan hampir 500 jenis produk yang merangkumi setiap segmen pengguna daripada kelahiran, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, keluarga dan warga emas yang boleh didapati secara eksklusif di seluruh cawangannya di Malaysia. Selain itu, produk-produk GCB menjadi pilihan para pengguna diseluruh rantau ini kerana kepercayaan pengguna atas kualiti, tahap keselamatan yang tinggi serta memberi ketenangan minda serta nilai kepada pengguna.

 

Guardian Malaysia pada masa yang sama melancarkan kempen pelekat "Recommended by The Toughest User" di mana setiap produk GCB akan dilekatkan dengan pelekat khas ini bagi membuktikan setiap produk ini telah melalui proses penambahbaikan. Semua produk ini merangkumi produk- produk bayi & kanak-kanak, Mandian & Badan, Kertas, Kapas & Wipes, Penjagaan Mulut & Pisau Cukur, 'Mask' Muka serta produk lain yang tersenarai dalam kategori kesihatan.

 

Kempen "Recommended by The Toughest User" ini memberi manfaat kepada tiga (3) profile penggunanya yang terdiri daripada wanita bujang yang mempunyai citarasa tersendiri, para ibu yang bergaya serta mementingkan kualiti dan akhir sekali golongan lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka. 

 

jadi apa tunggu lagi! Segera ke cawangan Guardian berhampiran anda untuk mendapatkan maklumat lanjut serta katalog bulan April untuk mengetahui perincian promosi ini. |MYBuzz

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.