Seniman Mengecam Tindakan Jijik dan Tidak Bertanggungjawab Stesen Penyiaran Dari Singapura


SENIMAN mengecam tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab stesen penyiaran Mediacorp 5 milik Temasek Holdings yang menyiarkan rancangan OK Choppe, Episod ke 26 yang mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Rancangan bual bicara berkonsep jenaka santai yang dikendalikan oleh pengacara Vernetta Lopez ini yang turut disertai oleh beberapa artis seperti Sam See, Najip Ali, Rishi Budhrani dan Mike Kassim tidak sensitif dengan budaya dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia, Seniman berpendapat bahawa ia adalah tidak wajar isu-isu yang melibatkan pemimpin sesebuah Negara dijadikan bahan untuk sesebuah rancangan televisyen demi mengaut keuntungan dan rating penonton. Untuk peringatan pelakon - pelakon cetek akal ini, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen di mana Perdana Menteri dipilih oleh Rakyat di Negara ini, disamping itu juga ia dapat menjejaskan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Singapura yang sudah terjalin sekian lama. Menyedari bahawa artis - artis Singapura juga tidak mampu "mencari makan" di Singapura, kerajaan Malaysia juga telah mengamalkan dasar pintu terbuka kepada artis Singapura untuk membantu mereka mencari rezeki di negara kita yang bertuah ini. Oleh yang demikian, tindakan jijik artis - artis ini menjadikan Perdana Menteri Malaysia sebagai bahan lawak dan kecaman adalah merupakan salah satu cara untuk warga dan karyawan Singapura melepaskan bebanan akibat masalah inflasi dan kesuraman ekonomi Singapura yang makin menjerut kehidupan mereka. Seniman mendesak penerbit rancangan Ok Choppe daripada Mediacorp 5 untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri Malaysia dan Rakyat Malaysia di atas keceluparan ini dan jika tidak kami akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis - artis biadap ini dari terus berkarya di Malaysia. Seniman juga akan mengambil beberapa langkah lagi jika permohonan maaf secara bertulis dan rakaman tidak dilakukan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Razak serta Rakyat Malaysia.


Laporan Polis juga akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi berkenaan isu ini pada Jumaat, 7 April 2017 jam 11.00 pagi.


SUMBER : Hafiz Nafiah, Setiausaha Agung SENIMAN- MYBUZZ

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.